Cantiknya Batik Songket Sarawak
Batik Songket Sarawak kini di Jeniang dan Sik, Kedah Darul Aman.
Pasai apa tang nama Sarawak tu boleh mai ke Kedah? , haaa itu bukan persoalannya, ini semua rata-rata mulut dah heboh, belum masuk bulan Ramadhan lagi orang ramai dah kalut nak buat persiapan Syawal . Kedai-kedai online dah makin rancak buat promosi, bukan online sahaja tetapi offline pun apa kurangnya. Kita ni cuma siap sediakan duit dan bila hati berkenan terus 'sambar' .
Kalau sebelum ini, kain kapas Korea dan Jepun menjadi pilihan wanita untuk dijadikan baju kurung atau pelbagai rekaan pakaian, kini 'demam' kain batik songket Sarawak pula melanda.
Bukan sahaja kerana warnanya yang menarik, tetapi juga kerana corak-coraknya yang bertemakan songket asli menambahkan lagi keunikannya.
Family aku, tahun ni macam nak bersongket pulak, dah berkenan.. dah tengok-tengok beberapa corak. tunggu nak sampai ke tangan je lagi. Bagi kaum Adam, Songket Sarawak atau Batik Sarawak memang sesuai untuk buat sampin Baju Melayu dan yang perempuan pula dah tentu lah Baju Kurung moden.
Sampin Batik Songket Sarawak tampak bergaya si pemakainya
Walaupun bahan utama kain adalah kapas, namun uniknya ia diinspirasikan daripada songket Melayu tradisional
Cantiknya Batik Songket Sarawak
Aku lebih menggemari corak warna kehitaman, sebab warna hitam bercorak songket boleh dipadankan dengan mana-mana sut Baju Melayu .
Kita bukan nak boikot Songket Asli keluaran tempatan, Songket Asli tetap dengan kelasnya tersendiri. Seperti diketahui, harga songket asli sangat mahal untuk dimiliki tetapi memandangkan keadaan ekonomi semasa yang memaksa kita berhemah dalam berbelanja. Ini menjadikan orang ramai memilih kain yang lebih murah, berkualiti dan selesa dipakai.
Sudah menjadi trend wanita sekarang memilih kain yang selesa dipakai dan harganya berpatutan ` nampak anggun dengan ciri ketimuran wanita Malaysia.
Harga Batik Songket Sarawak : RM28.00 sehelai
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi melalui Call /Whatsapp
Puan Ogy : 011-24073998
COD Jeniang/Sik & Borong & retails & Online serius deal only.
Tak prnah bli lagi songket Sarawak ni..sekarang mmg tamai yg jual merata2 ada...tapi kena hati2 sbb ada yang jual mahal terlebih..Pn Ogy jual kira murah daaa ni PcL..nnt nak usha2 jugak laaa..tq pcl sharing pasal batik songket sarawak..
ReplyDeletewoww cantiknya batik songket ni. semua lawa-lawa arghhhhh mana satu nak pilih niii
ReplyDeletemurah ni pcl.. dkna ada 2 pasang baju batik sarawak.. beli dulu harga rm35 dan sehelai lagi rm30
ReplyDeleteCANTIK2 SEMUANYA..KAIN PUN MURAH..RAYA NI MESTI RMAI PAKAI..
ReplyDeletecantik. sekarang memang terpikat dgn batik sarawak sbb corak diaaa cantik cantik, hehe
ReplyDeletetak perna beli and tak pernah pakai batik songket.. mcm mana nak tahu tu batik ori atau tiruan
ReplyDeleteLawanya... hari tu masa g Sarawak kakak aku kirim bende ni laa... dah jd trend rupenyer...
ReplyDeleteCantiknye. Skang da jd trend , tapi xpenah lg ada kain aongket gini .. Panas ke tak ek
ReplyDeleteBeluk habis musim kan batik sarawak ni. Cantik sangat.mmgvtgh cari. Tenkiu info pcl
ReplyDeleteCantik batik sarawak ni, sekarang tengah in kan...pergi kenduri kendara tengok ramai pakai baju ni sedondon huhu
ReplyDelete