Cerita LABU ?

Wednesday, April 06, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments


Ini LABU .. bukan labu-labu si luncai ;
Labu jual di GIANT hipermarket (Banting)
Buat masak sayur lemak ni memang favorite la.. kan? Rasa isinya tu pasti manis berada dalam kuah santan berlemak dan ermm... kalau kena gaya cicah sambal belacan sama ikan kembung goreng panas pewww.. huh! (teringat pulak masakan mak kat kampung..)

Kita dah ada keluarga sendiri, isteri boleh buat masak sebagus masakan mak kita, alhamdulillah... Okay, ingatkan sikit bagi perempuan yang  sudah bergelar isteri.. cuba-cubalah dapatkan petua masakan mak mertua (jika ada) untuk hidangan kesukaan anaknya. Senang nak pikat hati suami dapat makan sedap-seadap air tangan sendiri di rumah.
Menu masak labu oleh mamaD  
Ingat tengahari tadi mamaD nak buat sayur lemak, tapi tak jadi pulak, katanya nanti suaminya ni naik lemak berlemak.. terus batal, maka jadilah labu masak tanpa lemak macam gambar kat atas ni..

Labu kuning juga boleh dijadikan sebagai makanan awal untuk mengajar anak-anak suka kepada sayur-sayuran. LABU juga merupakan makanan kegemaran rasul kita Nabi Muhammad SAW. Banyak khasiat untuk kebaikan tubuh antaranya Vitamin A yang merupakan sejenis zat makanan yang penting untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang. Ia menguatkan daya tahan badan untuk menentang jangkitan penyakit terutamanya di bahagian mata, paru-paru, kerongkong dan kulit. ~google
Atas ni sikit info .. aku search google, kalau boleh dihadamkan..insya allah untuk kebaikan.
Satu lagi... mesti ramai yang suka mengunyah kuaci kan ? .. amik jer biji labu ni, goreng dengan sedikit minyak, kalau nak tau biji labu ni mengandungi lemak dan protein. Khasiatnya boleh menghapuskan masalah cacing pita dalam usus, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Apa pun ..ceritanya hati mau ikhlas nak bagi keluarga makan. Nak kena rajin jugak.. !

5 comments:

  1. Mmg sedap labu masak lemak . Nyum nyum

    ReplyDelete
  2. Sedap labu ni dah la lembut je makan kalau masak lama. hehe

    ReplyDelete
  3. SA x makan labu...ada sejarah labu ni yang buat SA sakit hati

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka labu..kalau buat cucur badak guna labu sedap tau..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.