Char Kuey Teow Ketam Vs Char Kuey Teow Udang

Sunday, April 17, 2016 PCL 5 Comments

Sedapkah ketam bubuh dalam char kuey teow?


Malam ni aku buat char kuey teow special, lain dari sebelumnya hahaa.. lain tu cuma aku gantikan udang kepada ketam sebagai bahan penyedap rasa kuah. Ketam comel (baby crab) pemberian jiran sebelah. Orang dah beri kita dapat rasa, jadi aku buat char kuew teow lebih pulak ni nak bagi diaorang rasa pulak. (Banyaklah pulak kat sini..haha)

Kalau nak dapatkan resipi pcl punya, boleh klik entri sebelum ini.

Sebenarnya, char kuew teow biasanya lebih serasi digoreng bersama udang bersaiz besar, namun sejak kebelakangan ni nampaknya kegairahan peniaga makanan jenis ini lebih versatile dengan menambah menu selain udang ; antara yang pernah aku makan ialah char kuey teow lobster, ketam, sotong, kerang (ni biasa sangat). Apa yang aku perhatikan, cara ini sebenarnya adalah untuk menjadikannya sebagai salah satu daya tarikan pelanggan.

Kita ni dah biasa menggoreng sendiri guna resipi sendiri.. cuba-cubalah nak try dengan ketam pulak.. buat sendiri lebih puas makan.

Sebenarnya, sejak petang tadi aku dah kebulur nak makan.. Balik dari memancing (tak dapat hasil pulak tu..haha) Apa lagi.. bila sampai rumah terus ke dapur, mamaD dah siapkan bahan.. aku cuma siapkan kuah dan ready untuk menggoreng .. kali ni baik punya !

Tapi cuma pedapat aku lah.. antara char kuey teow ketam dan char kuey teow udang, pilihan aku tentunya Udang lagi terbaik.. ada rasa manisnya tersendiri. 

Kena cuba bandingkan baru la dapat rasa sebenarnya.. 

5 comments:

  1. Selalunya SA suka campur kerang pas tu letak tauge banyak..kruk krak makan ckt dengan tauge..kerang harus la yg fresh gitu...

    ReplyDelete
  2. char kue tiaw kerang+udang+telur goyang mmg peh..

    ReplyDelete
  3. rasa nak cari ketam masak sendiri char kuew tiaw ni pcl...sedap yer

    ReplyDelete
  4. char kuey tiow ayam pun ok.

    huhu

    ReplyDelete
  5. ye...yang udang la sedap..rasa udang dia tu memang terangkat la..gabung pulak dengan kerang..aih..sedap nye..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.