Deko Pasu Bunga Pecah mama'D

Sunday, April 10, 2016 PCL 1 Comments

Aku.. kali ni mengekor isteri ke nurseri kedai bunga dekat2 sini, kiranya dah jadi rutin hujung minggu kami kalau tak ke mana2 dengan aktiviti luar. 

Berpeluh jugak.. tolong angkat tanah, tolong angkat pasu dan pokok2 bunga.. sihat jugak badan ni. Peluh dek panas terik matahari, bersyukur dengan pemberianNya. Pokok, kalau tuannya tak rajin siram pun boleh layu dan mati. Macamtu lah lebih kurang perumpamaan dengan kita2 ni manusia.

Dulu lagi minat mamaD memang dengan bunga, berkebun.. aku cuma menemani saja. Kalau aku pergi memancing.. turn dia pulak follow minat aku, rasanya kena ada toleransi macam ni baru boleh 'steady' alhamdulillah. Mudah2an lah sampai kehujung hayat kami.

Pasu pecah jangan dibuang!


Tengok apa mamaD buat dengan pasu2 pecah? Katanya jangan dibuang, membazir pulak. Pasu pecah boleh buat dekorasi jadi macam ni.. jap lagi tunjuk gambar.

Cuma beli pokok bunga renek, contoh macam pagi ni mamaD beli bunga seri pagi, tanah hitam 1 bag dan sepasu pokok bunga tahi ayam .

Kerja mudah tapi perlu ada kesenian.. haa bab seni aku kalah, bab tanam sayur boleh lagi... hidup segar insyaAllah.

Dekorasi dari  pasu pecah


Kita tengok jadi ke tidak? Ha ha Deko pasu pecah mamaD nama diberi :)  

Emm... rasanya nak tengok seninya tu ok menjadi.. kena tunggu selepas seminggu kot.. tunggu sampai semua akar pokok bercambah dan tumbuh normal baru boleh nilai hasilnya

Okay...  selamat berhujung minggu dan tengok ni mana mai sumber inspirasi deko2 mamaD hari ni.. tadaa google lah!



1 comment:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.