Jubah Lelaki Moden Rizq Design Unik dan Menarik

Thursday, April 28, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Bila melihat kaum muslimah mengayakan jubah, ..huuuh sememangnya mereka tampak anggun dan lawa, itu sebabnya aku suka isteri dan anak-anak gadis aku memakainya. Trend wanita dengan jubah moden dan trendy sudah lama dan biasa di negara kita tetapi bagi trend kaum lelaki muslim berjubah hanya di musim perayaan saje biasanya.

Ada juga kaum wanita suka melihat lelaki bergaya dengan jubah, katanya nampak ketokohan sorang muslim waraq..haha, apa pun persepsi tentang si pemakainya tiada siapa dapat tentukan dengan hanya melihat luaran sahaja.

Bergaya dengan  Jubah Lelaki Moden


jubah lelaki

Untuk pengetahuan semua pembaca blog PCL ni, Jubah Lelaki Moden keluaran Rizq Design untuk tahun 2016 ini adalah nampak unik dan design luar biasa. Rizq Design menghasilkan jubah lelaki berpotongan Regular Fit yang sangat disukai remaja masa kini.

Aku dan rakan blogger dari  Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) berpeluang untuk melihat koleksi terbaru jubah lelaki moden dari Rizq Design. Koleksi terbaru ini diperkenalkan sendiri oleh pemilik jenama Rizq Design, Fazreen Rafi.
 Fazreen Rafi , pelakon/artis
 Lan Careno Blogger KBBA9


Jubah untuk keluaran Aidilfitri 2016, jolokan dengan nama 'Ip Man' bakal menjadi 'viral' di laman sosial kerana kunikannya.

Bergaya dengan Kurta Moden


Selain jubah lelaki moden, Rizq Design juga ada mempunyai koleksi Kurta yang menawan hati.



Aku sendiri dah cuba mengayakan Kurta Rizq Design, memang sedap dipakai..kalau ikutkan potongan saiz dia memang lawa, macam nak bawa balik terus masa tu..haha

Harga Jualan Jubah dan Kurta Ridz Design 


Harga jualan bagi koleksi jubah & kurta moden bermula dari RM 109 sehingga RM 229. Terdapat 3 koleksi jubah dengan 10 pilihan warna setiap koleksi, dan 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna. Sempena Aidilfitri ini juga Rizq Design berkolaborasi dengan pelakon baru yang top meletop dengan drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi.
Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi.

Antara koleksi lain dari Rizq Design


Maklumat penting kepada pembaca dan penggemar Jubah dan Kurta Ridz Design



1. Hari Terbuka Butik Ridz Design
Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10 pagi – 8 malam
Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi agen / dropship Jubah Lelaki Moden, dijemput datang ke butik (seperti tertera di atas) untuk melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta sempena Raya 2016
Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50%
Agen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

2. Jualan akan bermula pada 1 June 2016


Untuk lebih lanjut mengenai Jubah Lelaki Moden, sila ikuti perkembangan mereka melalui :
Facebook: Jubah Lelaki Rizq
Instagram: @Jubah Lelaki Moden


3 comments:

  1. yang zip / butang tengah tu minat jugak..yang jubah ip man tu tak lawa la..hehehh

    ReplyDelete
  2. kurta tu mmg berkenan..lawa..haha!

    ReplyDelete
  3. jubah dan kurta smart.. kena dgn lelaki moden zmn skrg

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.