Lesap Rm500 Dapat Smartphone Display !

Monday, April 18, 2016 PCL 15 Comments


iPhone tipu, iPhone Display Set dijual Rm500


Kesian sungguh kepada rakan sepejabat baharu kami di sini, baru minggu lepas mendaftar masuk kerja sudah ditimpa dugaan lesap Rm500 sekelip mata.

Kisahnya, Sabtu lepas semasa sedang mengisi petrol kereta di stesen Petron Bandar Sunway beliau didatangi seorang Chinese (bukan rakyat Malaysia) lalu menepuk bahu sambil menunjukkan sebuah smartphone jenama Apple (iPhone).

Urusan jual beli bermula setelah beliau berpuas hati membelek-belek dan mencuba beberapa kali lalu beliau bersetuju membeli dengan harga yang ditawarkan.

Dalam masa singkat sahaja seolah beliau melakukannya tanpa sedar.  Kemudian,
setelah beredar dan memandu lebih 1 kilometer dari tempat kejadian, beliau tergerak hati untuk berhenti di TOL , barulah mencuba sekali lagi barang yang dibeli tadi. Setelah diteliti, beliau dapati smartphone iphone 6 tadi tidak berfungi langsung seperti yang beliau test sebelumnya.

Bercerita kehampaan beliau pagi tadi ;
"Saya macam dipukau !" Katanya dengan wajah kecewa sambil menunjukkan gambar ketika beliau mencuba tesrunning .. katanya bila ON screen nampak lampu bercahaya.. serius berfungsi , tapi yang ini Display Set ! 

Beliau merasakan seolah sudah dipukau kerana urusan berlaku begitu cepat dan tanpa sedar... sangat mudah dipengaruhi.

PASRAH tak tahu nak buat apa, kecewa dengan apa yang berlaku. Cuma bercerita dan berkongsi pengalam ini untuk kawan-kawan lain agar jangan mudah terpedaya dan diperdaya. Berhati-hatilah dengan sendikit jualan tipu ini.



15 comments:

  1. Bahaya zaman sekarang ni. Banyak sangat penipu... Walaupun kadang2 kita berhati2, pasti terkena juga.

    ReplyDelete
  2. aduhhh... mcm2 hal org nak menipu skrg...

    ReplyDelete
  3. fuh.. risaunya. moga kita smua thindar dr perkara sebegini. moga beliau tabah..

    ReplyDelete
  4. kesiannya kawan PCl tu... :(

    ReplyDelete
  5. Allahu..bahayanya.. Kcian kawan pcl tu...

    ReplyDelete
  6. kesiannya... tu lah .. kalau dah kena tepuk tu memang tkleh watpa. huhu

    ReplyDelete
  7. sama la kes jual barang timbang-timbang tu. NAmpak elok je timbang sekali tukar plastik lain.. huhu.. rasanya tak kena pukau, trick mengaburi mata.

    ReplyDelete
  8. Biasanya macam tu la..bila tertipu kata di pukau.padahal masa berjual beli tu dia sendiri tak check betul2.tak tekan lama2 sikit..tak belek lama2..bukan pukau tu tapi cuai..harga pulak murah, gelap la mata sekejap..heheh..jangan kata saya tak pernah kena pulak.sebab dah kena la berani komen ni..heheh

    ReplyDelete
  9. saya pernah nampak modus operandi macam ni, tekniknya masa test tu dia bagi iphone yang sebenar utk try camera dan sebagainya, pastu bile nak serahkan lepas dibayar. dia akan buat 'magik' sikit dgn menyerahkan yang display set.

    antara teknik untuk buat magik tu.
    -masukkan iphone ori dlm poket kanan, bila nak bagi, keluarkan set display dari poket kiri

    ReplyDelete
  10. PCL...bila baca kes ni...baru je singgah petronas beberapa minggu lepas...suami nak topup touch n go...pastu ada mamat melayu dok luar kedai tu offer iphone 6s...huhhhhh kami geleng kepala je tak minat...mujur dia tak tepuk bahu...aduyaiii risau

    ReplyDelete
  11. Bahayanya senang sekarang orang nak buat duit dari memukau orang jer kena hati2 lah...

    ReplyDelete
  12. Dekat tol skarang ersepah org jual mcm2 barang.. Berhati-hati

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.