Malindo's Steak Haus Ampang Sediakan Menu Western Food Murah

Tuesday, April 05, 2016 Nazlee Ismail 17 Comments


Western Food murah di Ampang ?


Okay, Ampang kat mana? ... itu yang orang selalu tanya.

Malindo's Steak Haus satu-satunya restoran western yang agak murah harganya,  susah nak cari makanan murah berkualiti di bandaraya besar.
Lokasi Restoran adalah berdekatan dengan Kompleks Muhibbah Ampang Jaya, landmark paling mudah adalah di belakang 'Restoran Menate' Taman Nirwana, Ampang .

Malindo's Steak Haus Ampang
Malindo's Steak Haus Ampang

Restoran ini baru beroperasi, seriously aku kalau cari tak jumpa, tapi kalau guna waze ..selalu ianya tak akan mengecewakan aku. Jadi korang gunalah khidmat waze macam aku yang 'buta jalan' di KL nii..haha, boleh jimatan masa  dan sampai tanpa sesat. (Kalau takda waze! ..jangan la kedekut nak download apps)

1) Harga makan dan minuman murah 
2) Rasa makanan dan minuman sedap 
3) Servis pantas
4) Kualiti bagus 

Empat perkara ni kalau aku singgah kedai makan mesti kena ada. Pertama kali cuba kat sini.. agak jauh kami sekeluarga datang dari Banting semata-mata nak test makanan dan servis kedai ni. Dinner kami makan-makan western bersama beberapa rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang sememangnya 'kaki makan', walau ada juga di antara kami ni bukanlah  khusus kepada food blogger. Tetapi apa pun.. bab makan semua orang boleh beri pendapat tersendiri.

Full house ~ ramai pengunjung pada malam tersebut
Malindo's Steak Haus belum pun sampai sebulan beroperasi pada review ini ditulis, tapi hari kami datang ini memang pack giler dengan pengunjung . Sinario ini telah menampakkan bertapa 4 perkara yang aku senaraikan di atas tu memang betul-betul berlaku di sini.. Orang cari yang murah , sedap dan bila tahu servis juga kualiti tip top, maka  berkemungkinan akan datang lagi dan lagi. Okay, Korang kalau ragu-ragu tak apa.. tunggu review dari rakan-rakan blogger lain, atau pegi saja ke page Malindo's Steak Haus .

Kalau lihat kepada konsep kedai dan hiasan, Malindo's ini ala-ala lanun hipster pun ada haha (sekadar gurauan saja). Topi Cowboy yang dipakai oleh waters tu nampak country style gitu (cuma kuda saja tak kelihatan). Okay bagus ..ini sebgai tarikan Malindo's Steak Haus.


Suatu konsep yang cuba diketengahkan dengan kekuatan pada menu-menu 'Western Food and Italian'. Difahamkan Chef yang ditugaskan mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidangnya.

"Chef kami mempunyai kepakaran di dalam bidang ini selama 10 Tahun. KUALITI TERBAIK, HARGA MURAH!!"

Okay, 2/4/2016 malam Sabtu lepas, kunjungan kami ke sini dan mari kita lihat antara menu yang kami order pada malam tersebut :

Jus (Kedondong Asam Boi, Mangga, Orange, Carrot dan lain-lain ~ Rm4.00/glass, Minuman panas Rm1.50/cup dan minumam sejuk Rm2.50/glass
Chicken Combo Rm17.90/plate
 Lamb Chop Rm16.90/plate
 Spaghetti Seafood Rm10.90/plate
Chicken Chop Rm8.90/plate
Ada banyak lagi menu-menu hebat lagi murah hanya di Malindo's Steak Haus , ini yang sempat aku ingat diorang makan antaranya : Fish & Chip, T-Bone, Rib Steak, Mix lamb Chop, salmon Fish dan lain-lain tak sempat nak ingat.. nak tunjuk menu kat sini tak jelas pulak..so, pergi lah saja dan makan dengan puas hati Insya Allah (recommanded by pcl) 

Sebahagian dari keluarga KBBA yang makan bersama malam tersebut
Sebahagian dari keluarga KBBA yang makan bersama malam tersebut
Malindo's Steak Haus Ampang Sediakan Menu Western Food Murah
Moment paling best ...bila terjumpa Abanglong & kaklong family ..rupanya diorang ni pun peminat western food jugak!




Komen nazlee.com : Senarai menu dan harga jika boleh diperbaiki lagi kerana saya sendiri nampak kurang jelas tulisan/warna dengan kombinasi cahaya lampu yang ada di dalam restoran.


Malindo's Steak Haus
Alamat : B3-10-G, City Garden Commercial Centre, Taman Nirwana
Ampang, Kuala Lumpur
Waktu operasi : 11 pagi hingga 1 pagi (buka setiap hari)

Hubungi : 016-263 7769
Page Fb : https://www.facebook.com/malindosteakhouse/
Instagram : @steak_haus

17 comments:

  1. yumyyyy sangat tengok makanan dia!

    ReplyDelete
  2. Murahnyaaa .. kan best kalo depa bukak branch kat penang ..

    ReplyDelete
  3. Wow menu dia memang marvelous la ^-^

    ReplyDelete
  4. Yesss, setuju harga memang sangat berpatutan...

    ReplyDelete
  5. Buat lapar lak tengok makanan nie

    ReplyDelete
  6. mmg ok sgt harga tu..sila buka kat ipoh plak =)

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum... bro PCL,

    wahh.. sedap nyer makanan western nie.. Harga berpatutan.

    mselim3

    ReplyDelete
  8. ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT PAGI. KUNJUNGAN PAGI ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. hoh, ampang je..boleh jnjln g ni,,hehe,,maceh pcl!

    ReplyDelete
  10. konsep dlm restoran agak menarik.... nnti nak try... x jauh ampang dgn cheras...

    ReplyDelete
  11. boleh tahan gak ramai orang yang datang tu walaupun baru buka.. harga standard ni.. next time nak ikut jugak pcl hehee

    ReplyDelete
  12. southern chicken memang thorbaekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabaq nak tau apa benda dalam southern chiken yg nampak lazat tuuu..

      Delete
  13. menarik...ok boleh masuk whishlist ni...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.