Mama'D gayakan Shawl QESYAMIN.MY

Saturday, April 02, 2016 PCL 6 Comments


Mama'D gayakan Shawl QESYAMIN.MY


Susah betul kalau nak mintak mamaD mengayakan pakaian baru dibeli contohnya seperti jubah atau tudung baru. Katanya dia bukan dilahirkan untuk jadi model.. hihi, ya lah tu walaupun aku perasan dia ada bakat namun tersangat pemalu orangnya, sukar didekati dan lambat mesra.

Selalunya aku jenuh la pujuk dia, kalau kami nak keluar ke mana-mana, mamaD akan siap-siap pakai 'lawa' dan aku terus capai kamera snap gambar candid .. 'mahal Ooo..' gambar dia . Bukan senang nak tengok dia bergaya depan kamera walaupun dengan suaminya ni. Tapi untuk kali ini boleh pulak.. haha nampak tu mungkin sebab shawl baru yang dipakainya. Shawl warna pink yang menawan dari QESYAMIN.MY

Okay tunjuk sikit ; 
Shawl cantik, shawl satin , shawl labuh
Shawl warna pink yang menawan dari QESYAMIN.MY 
Ini gambar dari web sebenar dan model sebenar QESYAMIN.MY

Shawl menawan dari QESYAMIN.MY


Basic shawl dari Qesyamin mempunyai 3 warna pilihan antaranya pink, biru dan juga kelabu. Baru-baru ini founder dari Qesyamin telah berbesar hati untuk menaja 6 helai basic shawl di 1st EFG Gathering

Aku difahamkan shawl QESYAMIN.MY diperbuat daripada kain satin yang berkualiti tinggi mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. MamaD pun akui bila memakainya.

"Kain tak jarang, tak perlu pakai inner lagi.. , labuh secukupnya dan mudah dibentuk" 

Tengok la tu.. mamaD bersetuju mengayakannya depan kamera dengan bersahaja. Cantik kan? Shawl yang mamaD gayakan. Memang tak rugi bagi mereka yang ingin mencuba shawl dari Qesyamin ini. Kalau korang nak cuba korang boleh contact detail kat bawah dan ini ada gambar, boleh korang tengok2 dulu sebelum ke laman web QESYAMIN.MY




Facebook : Qesyamin
Instagram : Qesyamin
Website : www.syamimirosnee.blogspot.my
Telefon : 019-9444960

Terima kasih blogger papaGlamz "Sebab PapaG aku menulis tentang Shawl Qesyamin" dan sakalung tahniah untuk kejayaan majlis #1stEFGhatering.

6 comments:

  1. Hahahaha.. Motif sangat sebab PapaG tu..

    ReplyDelete
  2. cantiklah Mama D pakai shawl tu.. kemas dan nampak sweet!! jelesss la x dapat shawl ni huhuhu

    ReplyDelete
  3. wah, memang kenalah shawl Qesyamin bila MamaD yang pakai. lawa je apa. malu pula ye MamaD. hehehehehe >.<

    ReplyDelete
  4. Suka tgk mamaD pakai shawl..kemas je..

    ReplyDelete
  5. Yang penting takyah pakai inner...hoho musim panas ni..

    ReplyDelete
  6. Stay warm and look trendy as well as fashionable with shawl pins that are simply indispensable for your shawls. You can shop and find lots of shawl pins and brooches in the market. https://stepinsidemyhandbag.com/2017/10/07/hijab-review-from-hidden-pearls/

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.