Mana Nak Cari Itik Halal di Cyberjaya ?

Saturday, April 09, 2016 Nazlee Ismail 11 Comments



Ramai orang termasuklah aku ni dulu.. bila ternampak itik panggag tergantung ..mula lah rasa macam meloyakan (maaf cakap ye). Satu sebab ianya sahih tidak halal bagi kita kerana jelas nampak penjualnya adalah bukan orang Islam.

Menu Itik Halal @ ROAST KITCHEN, Shaftbury Square Cyberjaya


Beberapa tahun lepas keluar entri berkenaan itik panggang pernah aku coretkan dalam blog ini. Ianya bukan cerita tentang aku makan itik panggang, tetapi ianya hanya sebuah keinginan untuk memanggang itik dengan tangan sendiri. Malangnya sampai ke hari ini belum berkesempatan. Kesian kan.. itu pasal bila ada rakan blogger ajak makan-makan itik, cepat je aku angkat tangan setuju nak follow.
Itik halal memang sedap hanya di Roast Kitchen 

Restoran Itik Halal di Cyberjaya


Sekarang ini tak susah untuk dapatkan menu itik halal kerana terdapat ramai pengusaha dari kalangan orang Islam. Kedai itik halal di Cyberjaya, lokasinya di Shaftsbury Square, berada sebaris dengan restoran ternama lain yang pernah aku pergi buat review makanan di sekitar sana iaitu di Crab Hut Asia . 
Nampak logo ini ; selepas baca info di sini, sila jangan ragu-ragu untuk singgah.. Ini adalah restoran "itik halal"
Peminat tegar (sekarang) dulu-dulu mamaD tak gemar makan itik ~ jangan risau kalau korang tak suka itik ada juga menu-menu lain . Recommended nasi ayam juga ada.


Nama restoran yang aku maksudkan ialah Roast Kitchen. Dinding premis dihiasi dengan gambar menu-meu menggiurkan. Memang teruja seketika sementara menunggu makanan dipesan tiba. Kami datang untuk review makanan di sini. Kami terdiri dari beberapa nama blogger dari  Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9).  


Menu Itik Halal Di Cyberjaya 


Snak : RM 8.80/set 4 pcs Crispy Mantoa with Roast Duck memang menyelerakan 

Noodles : RM12.00/set Aromatic Drumstick Duck Noodles with Superiosr Sauce ..sedap ni kena cepat2 makan
 
Daging itik : lebih manis, kenyal tebal dan berlapis memang ada beza dengan daging ayam .. kena cuba dulu baru buat keputusan, kata daging itik tak sedap !
Rice : RM11.00/set Aromatic Drumstik Duck Rice with Superior Sauce. Sup sedap, nasinya okay .. aku terpaksa mintak tambah itik sebab aku ni 'kuat meratah itik'
Rice : RM8.80/set Aromatic Duck Rice with Superior Sauce
Ada sambal cili  tambahan, boleh cedok je.. tersedia di atas meja. 
Add On / Vegetables : Rm6.50/set Lattuce (Yau mak)
Minuman sejuk Rm4.00 : Green Tea, Honey Lemon Lime, Kiwi & Grape jus


Menjamu selera dengan tenang dalam suasana yang indah.. Boleh lah korang singgah di sini bersama keluarga dan juga teman-teman. Kalau ada yang bertanya di mana nak cari Itik Halal di Cyberjaya ?

Ini tempatnya dan info details :

Roast Kitchen
Alamat : Unit P1-23 Shaftsbury Square Persiaran Multimedia Cyber 6 Kuala Lumpur
Tel : 03-8322 1087
Email : roastkitchen@gmail.com
Fb : https://www.facebook.com/roastkitchen/

Waktu perniagaan  :
Isnin-Jumaat: 11:30 am - 9:00 pm
Sabtu: 11:30 am - 8:00 pm

"We are currently in 3 locations now. Shaftsbury Square in Cyberjaya, Wangsa Walk Mall and KL Sentral (inside food court located opposite the entrance to the LRT station)"



11 comments:

  1. Mne sedap antara ayam dan itik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itik lg sedap rasanya.. manis kenyal tp lembut. Tersendiri

      Delete
  2. Nampak menyelerakan ja itik tuu .. rasa sama macam ayam tak PCL ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lg rasa itik.. jarang2 makan tp memang sempoi la..

      Delete
  3. wahhh..sedapnya, menyelerakan..nampak lembutttt jer itik roasted tu.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan daging itik..tpi org ckp lgi sedap dri ayam..

    ReplyDelete
  5. Dulu pernah termakan nasi itik basi. Terus fobia hHa . Tp tgk gmbr ni rasa teringin nk makan balik la plak

    ReplyDelete
  6. Anim pun memang tk biasa makan itik, tapi tengok hidangan di sini memang menyelerakan! Teringin nak mencuba dengan family nanti la :)

    ReplyDelete
  7. first time try biasa makan itik serati gulai je hehehhe sedappppp....

    ReplyDelete
  8. Teringin lak. Nseb baik tak mengandung. Kalo tak kena p cari 😂😂😂

    Salam perkenalan :)

    Baca article ini jika Anak sering Mengamuk Di Shopping Complex

    ReplyDelete
  9. lps mkn kt sini terus jatuh cinta dgn itik..haha eh pjm gbr..mekasehh :p

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.