Nasi Arab Selera Tujuh Banting

Sunday, April 24, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments

SELERA TUJUH DENGAN NASI ARAB SEMPOI


Hari minggu lewat sikit makan tengahari kan.. itu biasa, jangan ditanya kenapa.. dah tau jawapannya sebab nak bermalasan hari tak bekerja kan.. biasa tu. 

Kalau kena mood rajin mai, tak payah suruh dah, lelaki @ suami2 macam aku ni pun suka kedapur memasak kalau kena mood rajinnya.

Korang dah makan?
Aku, ..haaa belum lagi sebab kenyang makan semalam masih terasa. Mana taknya.. semalam makan Nasi Arab Mandy Kambing wahh.. gila sedap dan murah. Portion pun gila cukup melampau, makan 4 orang cukup dah over kenyang untuk makam malam dengan harga RM35/set

Cukup kah? ..yes sebab saiz kami kecik molek, perut boleh simpan makanan sorang sikit. Apa yang aku nak kongsi ni sebab kesedapan Nasi Arab. Daging kambing yang lembut, nasi dengan beras wangi berempah di hidang berasingan dengan sos, kuah sup dalam cara hidangan yang menarik.

Okay aku belanja gambar ;



Minuman pun sedap gila, yang nampak warna kuning tu adalah Mango Yogurt huh sempoi gila ! ..hemm gila saja dari tadi heemmm.. ini review tak bayar tau!


Ini, teh Rabea dengan daun pudina.. rasa kelat daun teh campur dengan rasa mint memang terbaik. Aku minum ni memang tak boleh buang air besar sejak semalam.. huh agaknya ini yang buat rasa kenyang tu lama. haha teori tak boleh pakai ni jangan diikut.. sajee. 

Apa pun , akubharus datang lagi buak kali seterusnya. Aku recommend korang datang makan di sini :

Restoran Selera Tujuh, Hadapan MDKL, Banting. Buka dari pagi sampai malam
(Menu nasi arab start jam 12pm sampai 12 mlm)

4 comments:

  1. singgah dari http://jmbelog.blogspot.my/2016/04/segmen-12-jam-bloglist-20-mialianacom.html

    ReplyDelete
  2. Insha Allah nanti boleh try, terliur sangat dah nie...

    ReplyDelete
  3. wah sedapnyaaa, terliur pulak dibuatnya. heheh teh / milo mmg boleh buat sembelit kan. bahaya betoi T_T

    ReplyDelete
  4. Makk aihhh sedapnya... Teh Rabea tu tak pernah test lagi, nanti bole cuba ni..yum yum!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.