Sebab Jubah Raya ?

Thursday, April 14, 2016 Nazlee Ismail 6 Comments


Sebab Jubah Raya Aku Bersemangat Jaga Bentuk Badan 


Minggu lepas aku kononnya nak temankan isteri dan anak-anak membeli baju raya.. saje nak buat persiapan awal tak mau la jadi macam lepas-lepas kalut masa bulan puasa.

Trend sekarang memang orang suka membeli-belah awal, tapi ada jugak yang suka buat last minute.. . Masing-masing punya style, lagi pun ikut situasi semasa ni orang ramai semakin bijak dan berhati-hati dalam berbelanja.

Cakap pasal 'kononnya'  memula tadi tu, begini kisahnya.. biasalah orang perempuan kalau memilih pakaian bukan sekejap masa yang diperlukan. Lama mencari, membelek dan mencuba.. hemm kadang kita yang mengekor ni sabar je rasa.. kan?

Masa yang singkat memang tak boleh apa. Kami di Jakel Seksyen 7, Shah Alam tu saja dah ambil masa hampir 3 jam (singkat sangat lah masa tu.. haha..) dan takda hasil , 'kosong tangan' !

Untung juga kau pcl, ..tak plan membeli terbeli jugak sehelai jubah.. huh syukur alhamdulillah. Senyum sikit la aku sebab ada yang belanja sehelai jubah raya. Sehelai pun jadilah..upah penat menemani diorang. Aku dapat diorang tak.. emm bagus lah nampaknya kena pegi lagi lah ,minggu-minggu depan

Jubah aku kali ni sempoi sikit.. saiz memang ngam .. bahu, lengan semua ikut ukuran badan cuma tinggi/labuh saja kena alter sikit.. feet cutting tapi tang pinggan ke bawah cutting besar sikit, senang dan selesa nak solat. 

Ini aku rasa, saje je mamaD nak suruh aku jaga makan, jaga badan supaya nanti jangan sampai tak boleh sarung jubah tu pulak . Taktik baik punya !

Aku masih ingat lagi (raya tahun lepas), ada satu produk ni bautkan berat badan aku turun cepat, ukuran pinggang mengecil. kurang banyak cm tau.. tetiba teringakkan produk tu sebab aku ni jenis tak amalkan ..lagi pun memang takperlu amalkan sepanjang hidup. Terbaik bagi aku.. aku tak recommend lah korang  tapi kalau nak cuba boleh la.. Baca Sini 

Tapi sayang la pulak.. tak ada stok masa aku bertanya tadi (via wasap pagi2 tadi)

Apa aku nak buat ni ?.. selera makan makin menjadi-jadi, ..nak salahkan isteri masak sedap kah? Ini yang jadi masalah aku .. haha masalah problem bila isteri masak sedap-sedap :)

Jangan kata aku tak buat senaman..  aku buat jugak tau , kadang tiap malam Rabu aku masuk gym & jogging ..
Mula dgn jogging, gym dan akhir sekali ping pong ..malam Rabu bukan untuk bina badan tapi nak mentain sihat ?

Tips memilih jubah  


Bagi mereka yang baru mula membiasakan diri dengan jenis pakaian sunnah ini. Cari lah material yang selesa dan bersahaja bila memakainya dan yang penting sopan di sisi Islam.

p/s .. maaf la no.. entri kali ni takda sertakan gambar jubah (rahsia..nanti tak best la dok heboh aku pakai baju kaler apa hihi) Okay fokus jaga badan, jaga makan dan jaga kesihatan insyaAllah.

6 comments:

  1. tunggu raya lah nak tengok jubah dia..uii awal cari baju raya. kami belum start apa pun.

    ReplyDelete
  2. Kemainnn berjubah time raya nnti..ada gak plan nk suh en.suami saya pkai jubah raya ni tapi dia awal2 x mo..tkut dia pkai jdik mcm skirt sbb dia comey..perut 1 pack..hihi

    ReplyDelete
  3. Asal gemuk salahkan isteri masak sedap..kekeke..tapi memang betul la kan sedapppp ;)

    ReplyDelete
  4. tak saba nak tengok jubah raya .. dah tak lama lagi...ramai dah yang jual online pakaian raya nie

    ReplyDelete
  5. Kemain pcl dh ada baju raya. Waaaaa kami pon tak sabar nak cari baju raya

    ReplyDelete
  6. belum lagi nak teringat nak beli huhuhuuhuhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.