Sebabkan Iklan ini ramai orang melanggan perkhidmatan aku..

Monday, April 11, 2016 PCL 5 Comments


Bagus sebenarnya IKLAN melalui instgram sekarng ini. Kalau kena dengan hastagnya, gambar dan info melalui caption yang disertakan suatu keajaiban boleh berlaku dalam dunia bisnes online.. serius aku memang tak menyangka betul dengan yang ini ;

https://www.instagram.com/p/BDhRTTIKZV2/

Ini yang aku maksudkan, perkhidmatan Bot Mencandat Sotong yang aku iklankan beberapa minggu lepas.. Yang bestnya , ramai pulak pertanyaan dari kaum wanita :)



Melalui iklan tersebut, aku telah dapat banyak call/ text wasap  dan berakhir dengan persetujuan 'confirm sewa bot'. Nampak tak ianya berlaku sangat mudah,  Syukur alhamdulillah. dengan izin Allah SWT.

Mungkin kebetulan, tapi percayalah IKLAN melalui instagram sangat berkesan walau kita nampak LIKE yang tak sampai beratus atau komen yang tak banyak. Ini pendapat peribadi aku ; Istagram ni kena fokus kepada satu dua elemen penting yang perlu dititik beratkan iaitu dari segi penggunaan gambar dan juga caption menarik (soft selling / hard selling ianya bergantung tgk kepada konsep jualan) . 

Sebab apa orang main IG? ..sebab suka tengok gambar-gambar cantik... dan like gambar lawa-lawa.

Jadi, kesimpulannya kalau korang ada bisnes sendiri jangan segan-segan nak iklankan, kita sudah ada kemudahan yang tersedia..cuma lakukan dengan yakin dan ikhlas. 

Itu je aku nak share.. bukan niat nak menunjuk pandai tapi nak sama-sama sedar bahawa ramai lagi 'orang yang sangat aktif di media sosial ' tetapi hanya sekadar borak-borak kosong saja.. rugi rasanya jika masa terbuang begitu saja. 

"kalau semua orang berniaga.. semuanya nak update iklan .. sapa nak beli ?" 

Jawapannya ..ADA , insyaAllah..rezeki maha luas, usaha yang terbaik !

p/s .. Sebabkan Iklan ini ramai orang melanggan perkhidmatan aku.. aku bertanya dapat info kat mana?  (pelanggan kata tengok iklan kat instagram nazleeismail yang gambar sekian-sekian...haha terbaik lah )

5 comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.