Style menu orang lama gak sedap !

Friday, April 29, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments



Menu orang-orang  lama memang best ..ini biskut patah-patah namanya,   menu ni sangat sedap lagi-lagi kalau sesekali dapat makan macam ni..
Biskut patah-patah ..nama tak komersil langsung hahaa..
Style menu-menu orang lama gak sedap. Yes ! Menu rare macam ni belum pernah aku jumpak lagi kat mana-mana kedai makan.  Kalau pi cari ceruk mana pun memang tak dak kot. Teringat orang kat kampung sana ..tetiba. 

Balik la bro..  kalau dah teringat tu, lagi pun esok dah cuti, sambung lagi sampai Isnin ganti 1 Mei.

 [Cuti 1 Mei ni aku tak balik rasanya...]

Okay cakap pasal menu sempoi ni, aku ingat lagi kata-kata ;
"Sepotong roti kering dengan hati yang tenang lebih nikmat daripada sebaldi madu dengan hati yang penuh ketakutan..."

Tak sempat nak ulas lanjut apa maksud di sebalik kata. Tapi pasal menu makan pagi ni memang terbaik di mamaDcafe. agaknya kot, kalau makan roti kering lagi bahagia.. tenang rasa dari makan sedap-sedap namun hati tetap gundah gelana memikir masalah.

Sarapan sempoi ini dibuat dengan beberapa keping biskut yang dipatah-patahkan, digoreng bersama hirisan bawang besar dan telur, goreng dengan sidkit butter.. haha memandai je aku? aromanya pun dah menaikkan selera..

alhamdulillah...






8 comments:

  1. tak pernah cuba lagi menu macam ni, boleh cuba ni..senang pun senang dan sangat rare hehe.

    ReplyDelete
  2. tak pernah cuba lagi ni.. heheheh

    ReplyDelete
  3. rare sangat ni pcl..tak pernah nampak menu macam ni lagi..

    ReplyDelete
  4. biskut kering goreng la ni.....sedap!!

    ReplyDelete
  5. ehh ada ea menu ni.. tak pernah jumpa, tak pernah dengaq dan tak pernah makan.. apa rasa dia ea? ada macam roti canai tak? hahahaa :p

    ReplyDelete
  6. hsb dah goreng biskut tu lemau tak?

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.