Suka dengan Garden Table IKEA ni..

Saturday, April 16, 2016 PCL 3 Comments


Bloggers Malaysia hari ni nampaknya ramai sedang berkumpul di #SBB2016, aku boleh lupa pulak nak daftar.. kira ni kali ke 2 kot SBB .. tak apa lah lain kali kalau ada kesempatan di lain tahun, insya Allah.

Bila cuti2 gini, memang plan banyak dalam kepala.. tak susah nak plan sebab kami berdua saja, anak2 dah besar kadang tak mau diaorang join kita, aktiviti orang tua katanya. Haha adoyaii..

Kami dua laki bini suka lepak depan rumah. . Yang kami namakan #mamaDcafe dan seronok lepak2 luar rumah dengan produk IKEA ni..
Sembang kosong di hari minggu @ #mamaDcafe
Habis modal nak borak masing2 layan henfon haha, aku takpe.. ada tanggung jawab pada blog nazleedotcom. "kerja".
Rezeki.. ada jiran, sedekah ni .. nasi jawa katanya tapi sekali pandang nampak macam pulut kuning  (tapi bukan pulut) alhamdulillah..

Santai di mama'D Cafe


Meja taman dari IKEA ni memang menarik perhatian kami.. lama dah!

Pagi, lepas 'meeting' terus singgah pasar beli hati ayam dengan 2 tujuan. Pertama nak buat umpan pancing keli dan keduanya kalau air sungai tak 'cantik' , hati ayam tu boleh buat lauk..  jadi,  kami plan memancing lah pada petang niii.. 



3 comments:

  1. Memang menarik meja taman tu, ringkas dan cantik...

    ReplyDelete
  2. Menarik wei.. AKu ni kalau tinggal area KL atau negeri dekat2, memang pergi beli barang IKEA selalu.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. meja garden lawa..nanti ummul ngn suami mcm pcl ngn mamaD agaknya..dating manjang lah kami..hahaha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.