Team KBBA SongkRun 2016 5K Water Run Malaysia

Sunday, April 03, 2016 Nazlee Ismail 11 Comments

SongkRun 2016 5K Water Run Malaysia


Songkrun 2016

Suka main air? Bila last sekali korang main-main air, sembur air, pancut air, tembak kawan dengan pistol air hahaaa.. lama dulu masa zaman kanak-kanak riang.. kan?

Terkenang sebenarnya zaman keriangan kanak-kanak dulu.. teringin lagi, itu yang aku beriya join SongkRun 2016 bersama team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) pagi tadi. Dapat bermain air beramai-ramai sampai basah lencun satu badan.. dah macam pesta songkrun di Thailand pulak.


SongkRun 2016 5K Water Run Malaysia, berlangsung di Sepang F1 International Circuit, Sepang Selangor. Pagi tadi ratusan pengunjung berdaftar menyertai pesta air dan muzik ini.

Cuaca sangat baik dan sedikit panas membuatkan para peserta tak sabar nak bermain air.  Seawal jam 8 pagi sudah ramai orang memenuhi lokasi pendaftaran.

Bagi pendaftaran, terdapat 2 jenis tiket  ; 
MYR105.00 untuk Standard pack didatangkan beserta sehelai t-shirt, medal, waterproof pouch dan wristband manakala MYR135.00 untuk Shooter pack didatangkan dengan t-shirt, medal, waterproof pouch, wristband dan water gun. 
Songkrun 2016
Songkrun 2016
Songrun 2016

Larian 5 kilometer bermula sekitar jam 10 pagi, sebenrnya kitaorang dah basah kuyup dah.. habis semua kena sembur dengan air dari pancutan paip jentera bomba. Woww.. kebasahan bermula semua perserta nampak teruja sambil menembak-nembak watergun sesama rakan yang ada, masa tu semunya fikir FUN dan peserta tak boleh marah kalau kena tembak!

Part best bila ada yang suka bergambar selfie / wefie.. juga kena attack! Ok have fun .. tak boleh nak marah cuma senyum saja .
Aku baru nak wefie dengan Ben.. dah kena.. haha sempoi !!

Setiap 1 kilometer ada pit stop, dapatkan air minuman, refill watergun dengan air sejuk (ice water) dan sedia untuk basah lagi dengan semburan air dengan irigan muzik !

SongkRun 2016, pesta air + muzik disetiap zon yang ditetapkan telah berakhir awal dengan tamatnya larian jarak 5KM iaitu sebelum waktu yang dijadualkan dari jam 9 pagi hingga 4 petang . Sebelum jam 1 petang sudah selesai acara dengan setiap peserta mendapat madal comel dan juga sebuah kenangan keriangan bermain air + muzik di SongkRun 2016.

Sampai jumpa lagi di SongkRun 2017, insya Allah dengan megharapkan pihak penganjur berkenaan akan lebih perihatin untuk menyediakan sarapan percuma kepada peserta sebelum acara bermula.




11 comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.