Telur sotong mamak ?

Friday, April 08, 2016 PCL 4 Comments


Telur sotong mamak ?
Nampak mengelirukan bila sekali baca ayat di atas ni. Kalau sebut telur sotong, okay mudah faham.. tapi kalau sotong mamak... apakah spesis ini ada? haha


Telur sotong mamak masak kunyit @ masak kuning


Ya, kalau aku ahli mencandat sotong mungkin aku kenal jenis-jenis sotong yang biasa dicandat. Sepanjang pengalaman dan pembacaan aku...cuma ada beberapa jenis sotong di musim mencandat bernama torok, jarum dan ketupat. Ada satu jenis lagi dikenali dengan nama sotong mambang atau sotong katak. ini semua antara sotong yang memakan umpan candat, manakala sotong kurita tidak terlibat.

Cerita bab mencandat ni, korang kena lah turun sendiri baru tau macam mana bestnya.
Aktiviti ini semakin digilai bukan sahaja oleh lelaki bahkan kaum wanita. Maklumlah caranya lebih mudah dan biasanya tidak menghampakan. Musim mencandat tiba pasti akan pulang dengan ‘hasil’. Pelbagai pakej menarik untuk aktiviti mencandat sotong didapati dan kebanyakannya di Terengganu dan ada juga di Kelantan.

Sotong yang banyak untuk komersial ditangkap menggunakan jaring, tetapi bagi tujuan hobi, minat dan aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan adalah dengan mencandat. Pengalaman 2 hari 1 malam di lautan memang tak boleh dilupakan.

Aku sebenarnya nak kongsi cerita pasal telur sotong (gambar kat atas). Kami sekeluarga adalah penggemar telur sotong mamak. Kalau korang ke restoran nasi kandar, cuba lah menu telur sotong. Masakan di restoran nasi kandar kebiasaannya ada tersedia telur sotong masak kekuningan, ia sememnagnya sedap dan harganya boleh tahan juga agak mahal sikit dari menu telur lain.

Nak lebih sedap, aku cadangkan kalau korang yang berada kebetulan di Sungai Petani.. cubalah makan di restoran Nasi Kandar Hussain memang tidak mengecewakan.. insya Allah. Licin pinggan !






Baca info berkenaan mencandat sotong :

PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 KUALA TERENGGANU. candat sotong terengganu. Terima kasih kepada pelanggan bot candat sotong yang dihormati,.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
29 Jan 2016 ... mencandat sotongcandat sotong, pakej candat sotong.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
5 Mei 2015 ... pakej mencandat sotong, kaki pancing, candat sotong.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
27 Feb 2016 ... Trip mencandat sotong bermula di Tumpat iaitu di sebuah jeti yang dinamakan Jeti Kok Majid, selalunya untuk menyewa bot candat, ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
24 Feb 2016 ... Cerita lagi bab aktiviti mencandat sotong..huh memang tak sabar rasanya bagai termimpi-mimpi sotong melekat di pancing candat ! berat ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List




4 comments:

  1. amboi... sedapnya tgk.. mmg xpenah lg makan telur sotong kat kedai mamak. biasa mkn telur sotong yg dalam ketupat sotong tu je. Menarik ni

    ReplyDelete
  2. Salam PCL...lama dah tak singgah sini.
    Mak aiihhh...sedap nampak sotong tu. Tak pernah cuba lagi telur sotong. Kalau sotong goreng tu, biasa jugak..

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan kat kedai mamak..tapi pernah la makan telur sotong ..masak sendiri..memang sedap..tapi harga nye....Auuummmm...heheh

    ReplyDelete
  4. Ruginye..nape tak pernah tau pun telur sotong mamak tu sddap...kena try lepas ni..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.