1920 LONDON Review

Sunday, May 08, 2016 PCL 8 Comments


Okay, seperti yang aku janji dalam entri sebelum ini; terdapat sikit pandangan aku secara peribadi berkenaan rivew 1920 LONDON yang aku dan mamaD tonton malam kelmarin. Sebuah filem hindi berjudul 1920 LONDON . Plakon utama; Meera Chopra, Sharman Joshi dan Pengarah filem; Tinu Suresh Desai

Aku bagi 2 bintang dari 5 keseleluhannya.
Disebabkan aku sendiri sangat mahukan sebuah filem yang boleh rasa ketakutan dalam panggung.. sentiasa menanti babak itu tapi agak lewat walau sesekali ada namun tidak cukup seram lagii memeranjatkan. 

Apa yang bagus berkenaan 1920 LONDON


Jalan cerita mudah faham, kalau anda kaki novel lagi cepat tangkap jalan ceritanya, sejujurnya aku sendiri dapat agak apa pengakhirannya dan cuma menantikan adakah tekaan aku ni sama atau sebaliknya.. masa lebih 2 jam tidak membosankan bagi aku.

Apa yang tidak bagus berkenaan 1920 LONDON


Cuma kurang menepati tahap keseraman yang aku mahukan.  Lagi seram aku nak, kalau boleh sampai mengigau malam.. haa gitu.


Bagi peminat filem Hindi; tema cinta dan seram ini boleh ditonton tanpa rasa ragu bagi mereka yang punya masalah kejutan sakit jantung dan seumpamaya. Anda akan senang hati untuk menontonnya. 


SINOPSIS 1920 LONDON


1920 London‬ adalah filem seram Hindi yang mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri Shivangi (Meera Chopra) dan Veer Singh (Vishal Karwal) di London. Pasangan ini menjalani kehidupan aman di London, sehinggalah apabila Veer menerima hadiah dari kampung halamannya  Rajasthan, India. 

Perkara aneh mula terjadi kepada Veer yang membuatkan mental, emosi dan fizikalnya bertindak di luar kawalan.
Shivangi yang bimbang dengan keadaan suaminya, yakin suaminya terkena ilmu hitam.

Shivangi memutuskan untuk meminta bantuan daripada Jai (Sharman Joshi), seorang kawan dan juga bomoh.

Berjayakah Jai membantu Shivangi melepaskan suaminya daripada roh jahat yang mengganggu.


Datang ke pawagam dan tontonlah filem seram Hindi ini, Korang taulah nanti macam mana Hantu yang tidak sempat buatkan anda rasa terkejut.. boleh ajak anak2 sekali menonton serius tak berapa seram tapi best !

Tonton di TGV Cinema & GSC berdekatan anda.











8 comments:

  1. kalau kita kurang seram ok..hahaa

    ReplyDelete
  2. Oo tak berapa nak seram sangat eaaa..takpe laaa tak seram sangat.sesuai kit untuk lya yg tak berapa srtam2 ni hahaha..kita tatuttt tgk seram2 bangett

    ReplyDelete
  3. kurang seram.. hehe.. boleh la tengok nanti.. kalau seram sgt, takut pulak nak tido mlm.. hehe

    ReplyDelete
  4. cerita seram tapi tak seram..haha

    ReplyDelete
  5. dah tengok jugak, kitorang banyak gelak je... hahahahaa

    ReplyDelete
  6. Tak tgk lg dan xmo tgk sbb x minat hindustan... hahaha

    ReplyDelete
  7. tak tgk citerh antu ke seram ke tak berap seram pun tak tgk.

    ReplyDelete
  8. Nak donlod la nnt kalau xseram

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.