Bufet Ramadhan 2016 Bangi Golf Resort Restaurant
Berbuka puasa dengan sajian terbaik Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant sudah menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Aku bersama keluarga dah masuk tahun yang ke 3 berturut-turut berbuka puasa di BGR Restaurant. Setiap tahun mesti nampak ada pembaharuan dilakukan seiring dengan kemajuan Resort iaitu Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi Selangor.
Ais Krim Gelato berperisa cendol dan Spanish Churros bersama sos coklat ; antara menu pencuci mulut Bufet Ramadhan di BGR Restaurant.Tanya saja dalam Selangor ni mana tempat boleh berbuka puasa dengan pelbagai juadah? Mesti orang akan perkatakan BGR (Bangi Golf Resort) Restaurant, sebabnya setiap tahun BGR Restaurant menawarkan sehingga 200 jenis pilihan juadah yang bercirikan masakan popular Melayu, Barat dan Timur.
Kalau ikutkan dari pengalaman aku, berbuka puasa di sini terutamanya di hari cuti minggu wajib kena buat tempah awal, sebabnya memang ramai tetamu datang dan sambutan luar biasa juga di hari-hari bekerja. Anggaran tetamu dalam 2000 pax ..huh! ramai gila kan?
Bab parking kenderaan macam mana? Surau ok tak? Okay, bab ini korang jangan risau, ada disediakan lebih dari 800 ruang parkir dan setiap sebuah ruang solat untuk tetamu lelaki dan wanita.
Okay, kita cerita bab makanan pulak.. bagi yang belum tau lagi berkenaan info status halal, dimaklumkan bahawa makanan di sini disahkan Halal oleh JAKIM yang mana BGR Restaurant telah menerima pentauliahan HALAL ini sejak tahun 2009 lagi.
Menu Bufet Ramadhan BGR Restaurant menarik perhatian tetamu
Juadah bercirikan selera Melayu, BGR Restaurant memperkenalkan menu Pantai Timur iaitu Nasi Kerabu negeri Kelantan sebagai tarikan utama. Terdapat juga pilihan makanan Melayu lain iaitu Lemang & Pulut kuning berserta dengan Serunding Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang.
Juadah bercirikan ala Oriental pula BGR Restaurant akan menyediakan menu Butter Prawns, Daging Masak Lada Hitam dan Filet Ikan berasama Sos Serai. Makanan polpular ala Barat yang akan dihidangkan sebagai menu pembuka selera turut mengenengahkan sentuhan gastronomik seperti Cream of Smoke Chicken dan Sauce Vide Eggs With Mushroom Espuma, menu menjadi sebutan ramai kekal disediakan pada tahun ini. Untuk pilihan yang lebih klasik, Lasagna Ayam dan Daging serta BGR Classic Spaghetti juga akan disediakan dan pasti menjadi pilihan ramai.
Italian Tiramisu dan aneka kek serta pudingMenu pencuci mulut; Ais Krim Gelato BGR dengan pelbagai perisa seperti perisa jagung bakar dan bunga kantan kekal akan disediakan atas permintaan ramai namun tahun ini pula ada penambahan perisa iaitu gelato berperisa cendol. Menu terkenal lain juga tetap dikekalkan seperti Italian Tiramisu dan aneka kek serta puding. Turut akan mencuri tumpuan tetamu ialah menu seperti Spanish Churros bersama sos coklat.
Eclairs Pastry berperisa nangka, cempedak dan durian
BGR Resturant juga ingin memperkenalkan menu terbaru iaitu Eclairs berperisa nangka, cempedak dan durian. Ya, pastri ini memang sedap sangat-sangat ! kami sekeluarga cukup suka.
Tetamu dihiburkan dengan persembahan live bandSelain itu, para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.
Kambing Bakar dan Kari KambingPara tetamu juga boleh menyaksikan aksi menarik para chef di Live Station yang akan menyediakan satu lagi menu terkenal BGR Restaurant iaitu Kambing Bakar dan Kari Kambing. Selain itu ada Sate Daging dan Ayam bersama Kuah Kacang serta Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang akan di masak secara live di depan mata para tetamu.
Antara Chef-chef BGR RestauranSetiap tahun Aksi dan keletah menawan dari Chef Kamarudin (kiri sekali dalam gambar) telah mencuit perhatian tetamu, beliau adalah seorang Chef yang peramah dan kelakar perwatakannya. Chef Kamarudin telah berkhidmat lebih 9 tahun dan sangat berpengalaman di sini, menurut beliau BGR Restaurant akan terus menghidangkan pelbagai pilihan menu serta mengekalkan cita rasa asal dari menu tradisional. Bufet Ramadhan merupakan kejayaan besar tahun-tahun sebelum ini dan pada tahun ini beliau mengalu-alukan kehadiran tetamu dan pastinya akan membuat para tetamu gembira dan berpuas hati.
Harga Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort Restaurant adalah bermula dari Rm58 untuk dewasa dan Rm29 untuk kanak-kanak. Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :
NURUL ADIRA KAMIL
PR & Social Media Marketing Executive
BANGI GOLF RESORT
HP : 012 609 7755
TEL : 03 8925 3728 / 8210 2288
FAX : 03 8925 3726 / 8925 3727
WEB : www.bgrrest.com
Untuk tempahan dan pertanyaan :
BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
Alamat : No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650. Malaysia.
Tel : 03 8925 3728, 03 82100265
Instagram : @bangigolfresortofficial
Email : pr@bgrrest.com
Waktu Operasi : 6.30am - 9.30pm setiap hari
Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E
tgk gambar pon dah terliur..:)
ReplyDeleteSinggah pagi...
ReplyDeletetahun lepas x sempat nak berbuka kat sini..
insyaÁllah tahun nie..
Juadah mmg superb tp dgr kate sesak... Tp logik la sesak pun sbb mmg pilihan ramai...
ReplyDeleteFuhhh arininkita puasa..tgk gambar2 makanan ni buat kita terliur la plak hehehe..nampak sedap jer walaupon hanya pandang pada gambar
ReplyDeleteMurahnya buffet di PGR
ReplyDeleteamboiiii sedao nyer!
ReplyDeleteLook delicious indeed. :)
ReplyDeleteWahh sedap2menu makanan yang menggiurkan.. kambing tegolek2 suka tuu
ReplyDeleteSeronoknya tengok semua mknn tu...
ReplyDeletePCL, giler laaaa.... Semua nampak sedap! Nina belum pernah lagi berbuka kat BGR
ReplyDeleteHarus Cuba ni.... Thanks info
suka jugak berbuka kat BGR ni..
ReplyDeletelemang pun ada...sedap nya lahai...
ReplyDeleteTerliur tgok kambing tuu T.T
ReplyDeleteya ampun..sedap sedap semuanya T__T
ReplyDeletesegalanya sedappppppp! takda rezeki nak pergi bgr aritu ...ermmm
ReplyDeleteallah...mengucap pjg daku tgk juadah...erkk tertelan ayaq liur tanpa sedar...ngee dlm byk2 nasi kerabu paling win!
ReplyDeletedesert kat bgr memang banyak.. kalau bulan puasa, ckp dengan isi perut makan desert jer dah kenyang hahaa
ReplyDeletesedap..nyumsss...
ReplyDeleteTak.lama lagi nak puasa dah...tengok.menu..rasa nak makan je semua...cuma kambing je tak makan
ReplyDeletememang sedap dan macam-macam pilihan..
ReplyDeletetak kering gusi dengar celoteh Chef Kamarudin tu hehe..
ReplyDeleteadehhh..tergugat siang hari di bulan posa ni, tengok gambor makanan...Nasi Kerabu, my feverettt all da time...
ReplyDeleteRasa nak pergi la buka puasa kat BGR...tp dah selalu sgt pergi...
ReplyDelete