Candat Sotong Dapat Tenggiri ..rezeki !!

Wednesday, May 18, 2016 PCL 8 Comments


Sotong laut.. memang aku suka buat lauk makan tak kira masa. Sotong sambal, sotong bakar, sotong goreng.. fuhh memang favorite menu aku lah. Tenggiri lak.. terbaik spesis ikan ni yang enak dimasak kari, kari ikan tenggiri memang sedap wehh.. Tengok sini Mat Gebu masak Tenggiri Ala India. Ada yang tak tau macam mana rupa ikan tenggiri?

Aku cerita ni sebab aku excited sangat nak turun laut pada 28hb ni insya Allah. Kami akan Ke Kuala Terengganu, family trip mencandat sotong.

Semalam satu trip pelanggan pakejcandatsotong dari Melaka, dorang ni sangat bernasib baik bila mendapat rezeki tak disangka.. jekpot! kata salah sorang peserta yang tak menyangka lansung boleh menaikkan seekor ikan tenggiri seberat 10kg hanya menggunakan koyan atau seret biasa bermata kail candat. Memang cukup puas hati dengan trip semalam katanya lagi. Hasil sotong candat pulak semalam dorang dapat hampir 30kg sotong. Huh.. memang rezeki dorang lah kali ni.

 Ikan Tenggiri seberat 10kg dinaikkan oleh team candat dari Melaka.

Hasil mencandat ; rezeki semalam hampir 30kg sotong

Memang seronok kalau boleh dapat  hasil yang cukup memuaskan hati..  trip kami nanti belum tau lagi macam mana.
Korang yg berminat boleh plan buat group #candatsotong , nanti boleh roger aku.. 

Info :
(Booking unntuk Trip 2017 sudah dibuka dengan harga sama @ Chendering Kuala Terengganu) klik




8 comments:

  1. geram plak tengok sotong banyak tu..pas tu ikan tenggiri tu ha...all the best PCL for the trip

    ReplyDelete
  2. tenggiri batang ke tenggiri papan ni pcl? kita dah la suka ikan tenggiri ni ..masak kari ke, lemak kuning ke, masak kicap ke, goreng kunyit ke semua kita bedal! hehehe ...

    ReplyDelete
  3. bsetnya.
    Dulu masa bujang boleh juga pergi mancing sampai ke laut, sekarang dah ada anak, isteri tak bagi dah. Dia takut apa2 ajdi pada hubby dia.

    ReplyDelete
  4. sedapppp nyer dapat ikan besar!

    ReplyDelete
  5. sama..paling suka sotong masak berempah..ada rasa masam2 sikit..adoi..memang makan bertambah la.tak payah lauk lain dah..

    ReplyDelete
  6. Wahhh sedapnye... Sotong tu buat grill black papper...

    ReplyDelete
  7. Perghh.. Teringin jugaklah..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.