Cendawan Susu Harimau Berkahasiat Sembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit

Monday, May 09, 2016 Nazlee Ismail 17 Comments


Berpeluang melawat ke Syarikat Perusahaan menanam dan memproses Cendawan Susu Harimau di LiGNO Biotech Sdn Bhd, Balakong, Selangor pada Isnin 25hb April lalu. Turut bersama juga adalah beberapa rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari (kbba9) terlibat. Aku sendiri sangat-sangat teruja untuk mengenali Cendawan Susu Harimau dengan lebih dekat lagi kerana ianya dianggap suatu khazanah Malaysia yang bernilai dan mampunyai banyak khasiat dalam dunia perubatan.
Khasiat Cendawan Susu Harimau

LiGNO BIOTECH; Syarikat perusahaan membiak, menanam dan memproses Cendawan Susu Harimau

Cendawan Susu Harimau Berkhasiat Sembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit


Cendawan Susu Harimau yang dipercayai dalam amalan perubatan tradisional sejak 400 tahun dahulu dan mampu membantu penyembuhan berbagai jenis penyakit. Dengar namanya pun sudah cukup menggerunkan. Ia bukan cendawan biasa-biasa yang boleh ditemui dimana-mana pasar melainkan mendapatkannya di dalam hutan. Cendawan Susu Harimau ini hanya tumbuh di dalam hutan tropika termasuk Malaysia, Indonsia, Thailand, China selatan, Filipina dan Papua New Guinea.

Menurut pakar perubatan tradisional, kisahnya cendawan ini tumbuh dari titisan susu harimau yang tercicir ketika menyusukan anak, khasiat susu harimau boleh mengubati barah dan juga kanser payu dara. Walaupun tidak dapat dibuktikan kesahihan kisah lagenda di sebalik nama Cendawan Susu Harimau ini namun ada pihak memperakui kehebatannya. 

Ubi Cendawan Susu Harimau

Payung (pilleus) Cendawan Susu Harimau

Nama biasa : Cendawan Susu Hariimau / Tiger Milk Mushroom
Nama saintifik : Lignosus Rhinocerus

Bukan semua orang tahu khazanah Negara ini bernilai dan boleh diniagakan. Kaum Orang Asli terlebih dahulu menemuinya dan sejak turun temurun menjadikan Cendawan Susu Harimau ini sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Kini ada sebahagian mereka mencari dengan kepayahan di dalam hutan dan menjualnya kepada orang tertentu. 

Khasiat Cendawan Susu Harimau

Cara tradisi menggunakanya adalah dengan mengasah bahagian ubi cendawan pada pasu dan dibasahkan dengan sedikit air kemudian diminum, jika diamalkan selalu Insya Allah akan meredakan kesakitan dan menyembuhkan penyakit . Penyakit akan sembuh mengikut kesesuaian tahap penyakit tertentu. Ini cara orang dulu-dulu ubati penyakit menggunakan cendawan.

Cendawan Susu HarImau diformulasikan dengan teknologi moden oleh Syarikat LiGNO BIOTECH Sdn Bhd dan jenama yang telah dipatenkan adalah dengan nama TIGERUS. LiGNO Biotech Sdn Bhd mengeluarkan produk Cendawan Susu Harimau yang pertama pada tahun 2012. TIGERUS dan produk ini telah didaftar dengan Kementerian Kesihatan (BPFK).

Khasiat Cendawan Susu Harimau


Teh Cendawan Susu Harimau / Tiger Milk Mushroom (TMM Tea) ; 15 uncang per kotak untuk suri rumah melayan keluarga / tetamu.

Sclerotia Cendawan Susu Harimau ; 30 biji kapsul per botol sesuai untuk pengguna yang sibuk seharian tanpa ada masa minum pagi/petang

 TIGGY COCOA Cendawan Susu Harimau; 60 biji pil per botol sesuai untuk pengguna kanak-kanak yang gemarkan perisa koko/coklat.

Khasiat Cendawan Susu Harimau

TIGERUS Cendawan Susu Harimau (CSH) ; produk herba ini adalah sesuai dan bermanfaat untuk melegakan resdung, batuk dan selsema. Juga membantu melegakan masalah alergi seperti eczema, melegakan masalah sakit sendi, melegakan kesan-kesan sampingan rawatan kanser. CSH juga digunakan sebagai tonik umum yang membantu menguatkan sistem imun dan menambah tenaga seharian.

CSH menangani gejala-gejala dan punca penyakit melalui makanisme "membersih, memuhih, menguat dan melindungi". Ia mempunyai imuno-modulasi yang boleh meransang dan mengawal sistem imun dan aktivitinya serta membantu untuk membaiki tisu-tisu badan yang cedera. Ini membolehkan tubuh memulihkan sistem pembersihan diri dan meningkatkan kesihatan fungsi-fungsi badan. Cendawan Susu Harimau boleh diambil secara harian sebagai supplement untuk menjaga kesihatan.. CSH bukan hanya untuk orang yang tak sihat saja.

Gambar-gambar sesi lawatan singkat Kelab Blogger di sini boleh di lihat seterusnya. Aktiviti bermula seawal jam 10.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari.


Dimulakan dengan sesi pengenalan syarikat dan maklumat berkenaan produk oleh Puan Ng Szu Ting, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Sambil itu kami juga dijamu menikmati minuman dari produk Cendawan Susu Harimau .


Kami dibawa masuk ke dalam makmal dimana proses membiak benih cendawan dijalankan. Pembiakan melalui kaedah tisu kultur.  Bersama mengiringi kami ialah Puan Ng Szu Ting dan Dr Tan Chon Seng, Penasihat Teknikal syarikat.


Kami juga diperlihatkan bagaimana proses menyemai benih dan menanam cendawan dilakukan di syarikat . Syarikat ini berjaya mengeluarkan Cendawan Susu Harimau sebanyak 500 kilogram sebulan.

Prosese penyemaian Cendawan Susu Harimau, secara ringkasnya digambarkan di sini ;
 Proses membersih, menyediakan beras untuk di masak/rebus.
Proses memasak/rebus beras menggunakan kelengkapan di Autocalve Room dan dibiarkan sejuk sebelum memasukkan benih cendawan

Langkah-langkah pemprosesan adalah seperti berikut :
1) Beras - dibersihkan dan direbus
2) Beras dimasak menjadi nasi - dibiarkan sejuk dan kemudian nasi dipindahkan ke dalam kontena plastik mengikut sukatan yang ditetapkan.
3) Masukkan benih cendawan mengikut sukatan yang ditetapkan.
4) Proses pensterilan di bilik khas
5) Kontena plastik dipindahkan ke bilik penapaian selama 6 bulan.
5) Selepas 6 bulan cendaawan sudah boleh dituai .
6) Proses pengeringan cendawan dengan kaedah freeze dry di bilik khas.


Dr Tan Chon Seng Ketua Pegawai Penyelidik, MARDI dan Penasihat Teknikal, LiGNO Biotech Sdn Bhd
Dr Tan Chon Seng telah menghabiskan masa selama lapan tahun melakukan penyelidikan berkenaan pembiakan benih Cendawan Susu Harimau bagi tujuan pemasaran. Manakala rakan kongsi lain  yang turut menjalankan kajian terhadap khasiat cendawan ini termasuklah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Collage Sedaya International, Universiti Macau, China dan Universiti Nottigham.

Syarikat LiGNO BIOTECH Sdn Bhd telah diperakukan menjadi :
1) Pengeluar pertama produkCendawan Susu Harimau dengan jenama TIGERUS
(The Malaysia Books of records holder as the first to produce Tiger Milk Mushroom).
2) Adalah pengeluar produk herba organik berstatus Halal
3) Antara 20 Syarikat yang terpilih dalam BoinNext Programme.


Gambar kenangan ; grup photo membuktikan kami dari KBBA9 pernah berada di sini.


Untuk keterangan dan info lanjut boleh berhubung terus dengan wakil dari :

LiGNO BIOTECH SDN BHD
No.1, Jalan Perindustrian Balakong Jaya 2/2,
Taman Perindustrian Balakaong Jaya 2,
43300 Balakaong Jaya, Selangor, Malaysia

Tel /  Fax : +603-89455242
Email : contact@ligno.com.my
Website : www.tigerus.com.my
Fb : Ligno Boitech
Fb : TigerusTMM 
Ig :  DR.TIGERMILK

Ejen jualan dikehendaki :

LiGNO juga sedang mencari ejen jualan untuk mempromosikan produk Cendawan Susu Harimau serta bersama-sama berkongsi khasiat khazanah Malaysia yang bernilai ini. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Ng Szu Ting seperti maklumat tersebut di atas.





17 comments:

  1. baru tahu dari beras boleh benihkan cendawan ni....

    ReplyDelete
  2. Saya prefer kapsul kot hehehe ;)

    ReplyDelete
  3. bagus..banyak kelebihan dia

    ReplyDelete
  4. ingat susu rupanya teh ye

    ReplyDelete
  5. Teh tu boleh campur gula atau madu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh campur madu & lemon itu yg kami minum masa lawatan hari tu.. sedap lg berkhasiat.

      Delete
  6. Menarik la produk ni.. teringin nak jd agen plak hehehe

    ReplyDelete
  7. Menarik.. thanks for sharing.. 1st time dgr sch nii..

    ReplyDelete
  8. bagus..yanie amalkan teh cenwasan susu harimau jadikan sebagai supliment yanie setiap hari..nak try letak lemon lak dalam teh hihih tq PCL..

    ReplyDelete
  9. Ada yg dikapsul kan... Ini sangat bagus...

    ReplyDelete
  10. wahhhh..menariknya...twngok cendawan pun cantik dan berkhasiat.

    ReplyDelete
  11. pertama kali dengar sendawan susu harimau ni...

    ReplyDelete
  12. pagi selesma , minum tea lama kelamaan ok...

    ReplyDelete
  13. Wah banyak khadiat cendawan ni ya PcL..

    ReplyDelete
  14. dah byk produk dr cendawan skrg ni kan PCL

    ReplyDelete
  15. Baca khasiat yg banyak tu teringin nak cuba..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.