Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam; Berbaloi menunggu lama?

Tuesday, May 03, 2016 PCL 8 Comments

Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam


Sebab dah viral di media social, mamaD ajak aku dan anak-anak jjcm kat sini, 45 minit dari Banting guna khidmat waze. Waze ke lokasi Medan Selera Delima, Seksyen 24 Shah Alam. Cari kedai makan nama;  Rojak & Cendol Shah Alam

Sampai je sini, cari parking dalam kawasan memang dah penuh cuma ada kat luar kena menapak sikit, kami sampai jam 8pm, kiranya baru 2 jam mereka beroperasi. 
Sementara tunggu giliran , boleh lepak sambil order menu lain.. bisnes dorang ni start pada 6pm hingga 1pagi


Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam

Pelanggan beratur panjang untuk ambil nombor oder..  ikut hati aku, mau juga balik rumah buat sendiri cendol + durian.. hampir aku berputus asa.. JANGAN DATANG SINI kalau tak suka beratur dan menunggu lama. Nampak keadaan suasana dalam gambar adalah normal di waktu malam minggu dan cuti umum. 

Agak tertanya-tanya juga aku, berapa harga semangkuk atau segelas cendol berisi durian?

Tanya juga aku pada kakak peniaga gerai bersebelahan.. katanya "akak tak tahu lah , akak tak pernah tanya harga" ..wah bagusnya jiran-jiran niaga sampai tak amik port langsung .. jeles kah, serius tak tahukah? Atau sengaja malas nak heboh.. 

Untungnya lah, kalau diikutkan perniagaan di sini menjadi laris dengan kehadiran orang luar dari Shah Alam disebabkn oleh cendol durian viral. Tempiasnya tetap dapat juga.. ambil positiflah dengan keadaan dan bersyukur..
Penyediaan cendol durian agak rumit, barangkali itu yang buat sistem jadi lambat


Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam

Sedap Cendol Durian pure.. betul-betul ulas durian ori dalam mangkuk. Minum terasa kepuasannya dengan harga cendol durian Rm9+ dan Take away Rm11+ , Durian grade A terbaik.. mai lah cuba semangkuk dua.


8 comments:

  1. Ermm..boleh tahan rega dia yeak, pcl?

    ReplyDelete
  2. Kalo mummy sanggup bayaq mahai tuk makanan sedap lagu ni..yg tak sanggupnya kena beratuq tu la.. adoii..

    Tapi cendol tu memang nampak sexylah! I tergoda..

    ReplyDelete
  3. humakkkk aiii..tapi kalau saya sanggup jek beratur kalau dah sedappppp ;)

    ReplyDelete
  4. umangggg aiiiii..ini bikin panas montot ni.....dah la jauh....arghhh..stresss....nak jugakkkkkkk

    ReplyDelete
  5. Huaaa lama tak makan cendol duyan..sedapnyer ...jeless plok tgk duyan yang omey2 tuu..

    ReplyDelete
  6. Nk nombor tel? Nk call nk tanya bukak tk kedai pada hari raya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba call +60 18-361 0400 @ fb mereka "rojak & cendol shah alam"

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.