Kahwin Muda ?

Sunday, May 15, 2016 PCL 5 Comments


Kahwin Muda ?

siapa ? .. aku , tak lah !

Lelaki bujang kalau dia serius masa bercinta nak kenal dengan mak atau ayah atau keluarga terdekat kepada girlfriend dia... emm adalah tu niat disebaliknya. Biarpun nampak masih muda remaja.

Pengalaman :
Aku dulu pun macam tu, tahu lah tektik lama orang muda dan kita ni yang pernah lalui memang boleh nampak kesungguhannya di situ. Mesti nak kenal dengan emak dia dulu.. selalunya lah emak lagi senang nak dibawa berbincang. Tapi ada kalanya juga ayah dia pun kena berbuat baik jugak Ayah-ayah ni selalunya muka serius, muka ketat.. takut kita nak mula cakap macam mana.. tetiba boleh hilang idea ! ; lebih baik cari emak dulu.. macam aku cakap tadi, emak-emak ni senang dibawa berbincang..

Tapi tu aku dulu.. korang anak-anak muda sekarang ni macam mana? saja aku tanya ; antara emak dan ayah gadis tu korang lebih prefer siapa nak jumpa?

Jumpa mak?
jumpa ayah?
atau kedua-dua boleh jumpa
ataupun dedua takut nak jumpa? hahaaa..

Kita ni lelaki biarlah gentleman ; lelaki yang berbudi bahasa. Soal jodoh itu takdir Tuhan, cuba dulu baru tahu jawabannya... sesambil tu sentiasa berdoa dan mohon restu atas apa yang sedang diusahakan. Insya Allah.

Jodoh kalau dah nampak jalan,  biar cepat-cepat . Jangan tunggu lama-lama nanti boleh merasa 'Kahwin Muda' ..untung taw!

Jika perkahwinan ditakdirkan dapat cahaya mata cepat.., cepat lah diorang membesar. Hemm macam aku sekarang ni, anak sulung dah masuk 19 tahun dah umur dia.

Bukan senang nak senang, kenalah buat persediaan kalau dah ada niat nak berumah tangga. Persediaan dari segalanya. Tanggung jawab besar taw .

Syukur alhamdulillah.. 
Part paling best dan bersyukur sangat ; malam-malam sekarang ni aku boleh tidur lena dan tenang sebab tak kedengaran suara baby merengek-rengek menagis malam, bangun pagi-pagi buatkan susu anak. Semuanya sudah berlalu. Apa yang kawan-kawan rungutkan kita dah laluinya.

Cepat nikah cepat;  kalau dah bertemu jodohnya..






5 comments:

  1. Tudiaa nasihat orang lama. Kena hadam betul betul ni. Heheh :)

    ReplyDelete
  2. Jeng jeng jeng...ada kena mengena ngan Nina kah ..hehehe..kikikiki..Tapi kan biasalaaaa org muda zaman sekarang ada jugak jenis penakut nak jumpa mak ayah si gadis..tapi kalau yang g jumpa tu kira gentleman laaa ...ada hala tuju ngan anak kita kan PcL..

    ReplyDelete
  3. Baik doktor cinta.. PapaG jumpa mak ayah bakal istri bersama2 mak ayah kita sndri. Baru la ada backup.. hehehe

    New Entri PROMOSI HARGA RUNTUH SHAWL Exclusive by Papaglamz

    ReplyDelete
  4. kahwin muda la bagus.

    macam-macam benda indah yang kita nampak dan rasa nanti.

    ReplyDelete
  5. Kalau matlamatnya untuk memperisteri in sya Allah lelaki tersebut akan jumpa ibu ayah wanita tersebut..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.