Mencandat Sotong ini ikut nasib dan rezeki sebenarnya ..

Thursday, May 12, 2016 PCL 3 Comments


Seronoknya kalau mencandat sotong dapat pulak hasil sotong yang banyak macam gini..

Baru saja lepas bercakap dengan seseorang di Terengganu yang memang biasa dengan laut, berpengalaman lebih 10 tahun dengan aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Terengganu. Kami bercakap berkenaan laporan akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini ada menyiarkan tentang "boleh buat duit lebih dengan mencandat sotong sebagai kerja sambilan"

Rasa macam tak sabar jugak nak pergi mencandat, bayangkan lah.. menurut laporan akbar berbahasa Inggeris tersebut, pencandat boleh menaikkan lebih kurang 40 kilogram sotong ; satu trip bot boleh paling banyak pernah mencecah hasil lebih kurang 100 kilogram sotong semalaman.

Tetapi ada juga masanya, terdapat peserta tidak memperolehi sotong yang banyak. Cukup sekadar mendapat pengalaman mencandat sotong. Musim mencandat sotong di Terngganu bermula April hingga Julai saban tahun memdapat sambutan orang ramai dari serata negeri. Acara ini dijadikan acara tahunan dan untuk tahun ini, Bulan Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2016 telah dilancarkan.


Kalau bukan rezeki ; Ini luahan seorang instagramer melalui insta beliau :

"Pengalaman satu malam di atas bot di Laut China Selatan membuat aku faham, kenapa arwah atuk aku tak mengizinkan anak-anak mengikut jejak langkahnya. Setiap hari turun ke laut, tidak menjanjikan yang kau pasti akan dapat hasil yang diinginkan. Ada hari, bila hasilnya banyak maka gembiralah si isteri dan anak-anak kecil yang menunggu dirumah. Tapi, jika pulang dengan tangan kosong, mesti perit melihat wajah isteri dan anak-anak yang penuh harapan bertukar menjadi hampa. Sebab itu arwah atuk menyarakan anak-anaknya bekerja di darat. Jika berkebun, kau nampak lah hasilnya yang tumbuh merimbun. Jika berniaga, kau nampak hasilnya masuk ke tabung. Jika makan gaji, di hujung bulan pasti tersenyum. ~ Sebenarnya waktu mencandat sotong hari tu, gua dapat dua ekor je ha ha ha"



Menangkap sotong kaedah tradisional  iaitu menggunakan alat candat ini biasanya pendapatan hasil sotong mengikut nasib dan rezeki sebenarnya , ada orang tak kisah pasal kena bayar berapa kos sewa bot. Tujuannya adalah mahukan pengalaman dan keseronokan bersama keluarga juga rakan-rakan sekumpulan.

Bagi pihak penyewa bot, Pakej Mecandat Sotong disediakan dengan tawaran perkhidmatan terbaik dari segi menyediakan kelengkapan bot candat dan juga tekong yang berpengalaman. Ini merupakan sumber pintu rezeki tambahan buat para Nelayan di musim mencandat sotong.

info lanjut :

PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 KUALA TERENGGANU  




3 comments:

  1. Tak berpeluang lagi nak buat aktiviti mencandat sotong ni

    ReplyDelete
  2. Ada rezeki dapat laa banyak..takde rezeki takde laaa..bergantung pada nasib jugak kan PcL

    ReplyDelete
  3. Rezeki tu. Dah la banyak, fresh pulak. Beruntung sapa yang dapat pergi.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.