PWTC ada Hijab Fair KLIHF2016 .. last day tau hari ni 8 Mei 2016

Sunday, May 08, 2016 PCL 3 Comments


Salam cuti hujung minggu, pergi ke mana-mana hari ni?.. ke korang duduk lepak santai dengan family kat rumah je, lagi bagus jimat belanja kan, bukan apa takut ter .. terlajak berbelanja haa.

Semalam KL hujan lebat sangat.. aku ada di PWTC masa tu, secara tak sengaja sebenarnya 'terseret' ke hijab fair. Kiranya takda plan juga nak shoppping. Kami nak menontong wayang kat TGV Sunway Putra sebelah malam, jadi bila dah sampai awal kami jalan-jalan dulu  dan tak tau pun sana sedang berlangsung hijab fair, nama panjangnya Kuala Lumpur International Hijab Fair 2016 (KLIHF2016).  Korang yang nak datang hari ni lasat day, masih ada sampai jam 9 malam. Boleh la cuci-cuci mata sambil membeli untuk tersayang. 

Nina katanya nak belanja mama.. tapi masa tu belum tau apa nak dibeli. Macam biasa abah kena tambah duit, kira tong-tong lah abah ngan anak beli apa-apa yang mamaD nak. Kebetulan sempena hari ibu jugak kot walau hari-hari adalah hari kita tetap menyayangi ibu kita.

Okay..  sebelum show time #1920london jam 8pm lebih pusing punya pusing dalam tu memang banyak booth, last sekali masa nak keluar dari hall pwtc tu emm ntah macam mana mamaD tersinggah berkenan pulak yang ni sepasang blouse turquoise la kan.. lama dah cari nak yang sedondon raya nanti katanya.. cantik tak??  (gambar baju turquoise tu boleh tengok kat fb/ ig nazleeismail). 


Owner booth peramah, tak kenal tu biasalah tapi bila dah peramah yang tak jadi beli pun terbeli jugak. Haa ini lah teknik memuliakan pelanggan sebenarnya.. korang para peniaga lebih memahami konsep tarik pelanggan untuk  datang dan beli. Belajar ngan akak EE pemlik jenama butik Joeeshawls & Apparels

Diwar-warkan kepada semua peminat produk pakaian muslim dan muslimah, sila berkunjung ke PWTC , hari ni 8 Mei Hari penutup. .. Kalau dilihat dan dengar dari pihak vendors di sini, kata mereka peratusan agak kurang sambutan dari pengunjung berbanding tahun-tahun sebelum ni, kurang promosi agaknya !

Kesian kepada peniaga/vendors yang beria-ria semangat, namun pelanggan tak seberapa yang hadir. Diharap lepas ni penganjur program harus lebih peka supaya semua vendors merasa puas hati dan win win situation!

Lepas maghrib bergegas ke Sunyaw Putra Mall.. sebelah pwtc je, lenguh kaki berjalan tadi.. kesian mamaD yang dah sedia sakit tang peha dia sebelum ni.. Dalam panggung dapat jugalah hilangkan penat lelah berjalan tadi, okay tunggu aku review movie seram hindi pulak.
1920 LONDON




3 comments:

  1. Wahh mamaD sempat lagi shopping..bagus laa kak nina ni blanja mama.terbaik...

    ReplyDelete
  2. This is a new kind of hijab style, which is only available online. Thus, the best place to get such hijabs would be in online shops which specialize in wholesale Islamic clothing. http://fashionbyina.blogspot.co.uk/2017/11/trendiest-hijabs.html

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.