Samyang Ramen Megi Korea cepat sangat habis stok?

Tuesday, May 17, 2016 PCL 19 Comments


Samyang Ramen Megi Korea


Samyangramenchallange

Samyang Ramen Megi Korea, bila adanya logo Halal buatkan aku, mamaD & Hanis teringin nak merasa megi korea ni yang dikatakan super pedas! Mula dengan Nina challenged dengan kawan dia di asrama, kemudian belikan untuk adik dia yang sama jugak teringin makan bila tengok kakak post dalam instagram.. 
Samyangramenchallenge

Petang Sabtu lepas, nampak excited sangat.. Hanis buatkan 2 pack samyang share makan kami 3 orang di rumah. Sambil layan movie. sambil sok sek air hidung keluar tak sengaja.. ig link

Yang dah makan tau lah rasa macam mana? Sedap tapi pedas !! gila betul.. cili jenis apa yang dorang letak nih.. huh, sampai merah bibir dan keluar air mata.. tu baru sorang sikit makan. Aku tak tau lah dorang yang menyahut cabaran makan cepat tanpa minum air langsung.

Suatu cabaran yang unik ..boleh kata gila jugak sebab BERANI..  korang ada beran ?
Dah try belum ?

Ramai kata susah nak dapt stok .. betul ke?
"Susah nak dapat, nak beli bukan semua hipermarket ada jual.." 
Samyangramenchallange, Spicy Korean Noodle Challenge

Spicy Korean Noodle Challenge


Samyang Ramen cepat kehabisan stok. gila lah katakan memasing nak challenge masuk video dalam insta, youtube. Aku pun gila gak nak try lagi, rugi beli sikit haritu, kalau tau sedap memang beli lebih boleh buat stok niaga haha.. ramai kawan-kawan hanis tanya nak beli mana..

Korang nak yang ready stock boleh beli dengan Ekin, dia ada jual pre oder pun boleh, by carton pun boleh. Boleh deal terus dengan dia melalui whatsapp atau macam aku terus DM dia kat instagram sebab dia komen ig aku.. haha cepat dapatkan selagi stok ada..

Whatsapp no. : 016-666 7644 (eqin)

Penghantaran By POS dan COD pun boleh tapi hanya di KTM Batu Caves dan Taman Permata 4, Hulu Kelang







19 comments:

  1. Dah bli tp x try lg sbb mulut ade ulser.. Tggu baik br try... Hehehe

    ReplyDelete
  2. Heheh dapat dah rasa sebungkus..

    https://youtu.be/-hChlaM-pEY

    ReplyDelete
  3. Saya dah try..x boleh blah..masa makan tu,mula2 tak rasa pedas sgt..bila dh nak abis, baru rasa pedas gilerr..idok la nk try lagi...

    ReplyDelete
  4. Dari hari tu cari x jumpa...diorang ni sorok stok ke APA...kena carik gak ni...

    ReplyDelete
  5. cam nak cuba gak. Status halal dia camna pula PCL?

    ReplyDelete
  6. Aihhh tergugat tengok tak dapat lagi merasa. Hahaha

    ReplyDelete
  7. wahhh banyaknyee..teringin nk try tapi belum berkesempatan nak beli..hehe

    ReplyDelete
  8. phew.
    bleh tahan jugak sampai sold out.
    nk kena try nnti ni.

    ReplyDelete
  9. tudiaaaa.... meleleh sakan la ayaq hidung.. hehe

    ReplyDelete
  10. dah masuk kali 3 try .. tapi tak mampu habiskan 1 pack.. huhuuu... sedap..

    ReplyDelete
  11. cam sedappp jer...nak oder juga ni PCK

    ReplyDelete
  12. tak boleh la podeh podeh ni ...takut terc*r*t kang haha

    ReplyDelete
  13. wah....sampai meleleh air mata ni...

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap.. Lama tak makan mee segera.

    ReplyDelete
  15. betul ke pedas nih??? i like hot n spicy

    ReplyDelete
  16. Saya baru beli 2 hari lps kat aeon big alamanda... twringin tgk kwn2 post kat fb... tak sangka pedas giler..tak tau la bleh makan ke tak ni..hahahahha..dah la bulan pose...tp baca review kat blog, makin tak sabar lak rasa nak try...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.