Buat apa susah payah berbuka puasa di luar sana?

Wednesday, June 29, 2016 PCL 9 Comments


Ada orang bertanya, "Buat apa berbuka puasa kat luar sana? susah payah bersesak-sesak nak ambil makanan, kena beratur panjang pulak tu, kena bayar lagi satu hal"

Aku jawab, "apa salahnya kalau dapat peluang berbuka sekali sekala. Tempat ini popular, makanan kat sini sedap-sedap dan banyak pilihan menu". Aku dan family cuma datang dan ambil makanan bawak ke meja makan dan itu saja.. tak susah mana pun. Lagi seperkara... Aku fikir pasal kesiankan pada isteri, penat dah tengok dia memasak selalu.. inilah peluang masanya aku nak dia berehat-rehat dari memasak.

Aku boleh je nak masak sendiri di rumah, tapi masakan aku tak sehebat isteri, jadi lebih baik aku ajak mamaD dan anak anak makan di tempat yang best macam ni. "Buffet Ramadhan di sini terbaik !"

Buffet Ramadhan yang sudah popular saban tahun ini pasti mendapat kunjungan ramai pelanggan. Memang tak hairan tentang makanan yang disediakan selalu menadapat pujian pelanggan yang datang.

Korang pun dah tahu kat mana kan ? selalu dah nampak Bloggers promote tempat ini. Review dan review.. tak lain tak bukan tempatnya ialah Bangi Golf Resort Restaurant (BGR), terletak di Bandar Baru Bangi. Untuk info mereka  yang belum pernah sampai sini, lazimnya BGR akan menyediakan lebih 200 menu setiap hari sepanjang bulan Ramadhan sebagai tarikan kepada pelanggan. Setiap tahun pasti ada pembaharuan yang dilakukan, kepuasan pelanggan ditamakan.

Di sini , aku nak korang yang masih belum berpeluang makan buffet ramadhan di BGR atau kepada anda yang pernah dan mahu ulangi makan-makan di BGR restoran ini sila lah sertai contest yang dimaklumkan di bawah ;

Untuk makluman pembaca, bagi pihak BGR melalui blog ini, anda adalah dijemput untuk menyertai  "Contest Meriahnya Buffet Ramadhan BGR" yang sedang berlangsung di timeline facebook (Nazlee Ismail). Ini merupakan contest yang kedua tajaan Bangi Golf Resort Restaurant tahun 2016. Terdapat 10 keping baucer  untuk dimenangi.


Ini pautan ke fb tersebut ;  http://bit.ly/29ejY5N

Anda yang bertuah dengan jawapan yang betul akan menerima 2 keping baucer Buffet Ramadhan bernilai Rm58 setiap seorang. (5 pemenang diperlukan)

Contest akan berakhir pada 30hb Jun 2016 jam 10.05 malam. Pemilihan pemenang dinilai oleh Admin facebook (Bangi Golf Resort)

Bangi Golf Resort Restaurant memang sentiasa meriah, kalau anda nak rasai kemeriahannya dan menikmati pelbagai juadah .. silakan. Jangan lepaskan peluang menyertainya. (Klik pd link fb)



9 comments:

  1. yup btul tu tuan..apa salahnya berbuka kat luar..kadang2 mesti sronok..

    ReplyDelete
  2. Sesekali apa salahnya...boleh mengeratkan ukhuwah sekeluarga juga dalam masa sama...

    ReplyDelete
  3. Sesekali seronok juga berbuka di luar.tukar suasana dan bg isteri rehat kn..mesti rasa lebih dihargai kn.

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Kadang-kadang best jugak berbuka kat luar ramai-ramai. Lain rasa dan suasananya :)

    ReplyDelete
  5. hargai sangat bila suami bawa makan kat luar sesekali,cuti masak hehhhe

    ReplyDelete
  6. Sekali sekala ok le tu..

    ReplyDelete
  7. kalau weekend mmg rasa nak gantung kuali je. Nak cuti sepenuhnya kekononnya hehehe

    ReplyDelete
  8. perlu beli ni.
    nak suh mr.asben blanje ler :) hi hi hi

    ReplyDelete
  9. murah!
    sib baik aida bukan pemakai shawl.
    setia dgn bawal :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.