Hari bapa ... apa lah sangat.

Monday, June 20, 2016 PCL 3 Comments


Tarikh sambutan Hari Bapa 2016 di negara kita jatuh pada hari semalam bersamaan 19 Jun, yang kelakarnya dua orang anak perempuan aku tu tak ingat2.. atau dorang tu ingat ingat lupa tarikh sebetulnya, bagi dorang sama macam pendapat aku lah kot, setiap hari adalah hari ibu & bapa, tak ada yang special mungkin?

Patut la pun ucapan tak kedengaran.. rupanya tak pasti bila tarikh?  

Nampak di Instagram, kakak nina dah wish awal dua hari sebelum, adik memang tak ada langsung. Aku tak kisah pun sebenarnya.. kami sekeluarga tak amik serius pasal ni.. ada ada, tu pun kalau teringat maka terkeluarlah ucapan spontan dari mulut anak-anakku.

Hari bapa ... apa lah sangat.

Semalam kami semua shopping raya kat Aeon Mall Shah Alam.. kiranya hadiah hari bapa dapat kat anak-anak.. baju dan seluar sorang 2 pasang.

Emm ..dah dapat baru teringat nak ucap "hepi fathers day Abah.. love u" . 

Hadiah hari bapa adalah mengembirakan hati anak-anak.. dan mendoakan kesejahteraan mereka, dengan harapan moga kasih sentiasa dalam ingatan .

Bapa, ayah, abah, abi, daddy, papa.. hati kental. Kalau ikutkan , ekceli korang anak-anak tak ucap pun tak apa.. serius lah. . Bukan tak hargai apa itu ucapan /lafazkan . 

Korang wish abah senyum.. , korang tak wish abah tetap cool macam biasa, cuma hanya anak-anak soleh & solehah sahaja yang sentiasa mendokan kesejahteraan ibu bapa mereka. Ingat tu !

Betul tak bapa-bapa sekalian? ke .. korang lain, tak sama macam aku rasa.. tetap nak jugak anak-anak beri ucapan istimewa dan beri hadiah ? 

3 comments:

  1. Oh suami tanya takde hadiah ke special things ke..haha kita jawab eh terima kasih sebab jadi bapa pada anak saya..Kami gurau2 sebab apa nak harap pada anak umur 2 tahun..

    ReplyDelete
  2. hahahaaa... anak lebih ingat hari lahir abah jer kot.. apa pon, anak pasti sayang abah setiap hari..

    ReplyDelete
  3. Nani pun tak wish baru ni sebab busy sungguh nak balik PJ. Hehehe.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.