Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.

Tuesday, June 14, 2016 PCL 8 Comments


Alhamdulillah anak-anak aku sudah dewasa kedua duanya, Ada kalanya aku berasa janggal bila nak bercerita selalu tentang kisah-kisah anak anakku, lagi pun memasing dah tak selesa.. aku cuba memahami dan mengikut rentak semasa. Kalau dulu sebelum ini lainlah.. dulu diorang masih lagi kanak kanak.

Semakin kurang dan jarang sekali cerita anak anak keluar di blog ini, jika ada pun sekadar berkongsi sesekali berkenaan aktiviti keluarga. Ini sudah semestinya bagi aku lakukan untuk menulis cerita di dalam blog sebagai memori untuk kenangan di masa hadapan.

14.6.2016 , Selamt hari lahir untuk Hanis yang ke 15 tahun. Dah masuk form 3 dia pun nak seat exam PT3 tak lama lagi. Anak bongsu kami yang manja nih.. tak taulah nanti kalau terpaksa berpisah sementara untuk sambung belajar di kejauhan.. tak pernah berenggang langsung dengan mamaD.

Masa naik form 1 dulu,  nak masukkan dia ke asrama, menangis dia tak nak ! Harapan kami bila dia dah semakin dewasa ni, Hanis semakin cerdik dan makin bijak memilih sesuatu untuk kebaikan masa depannya.

Happy Birthday to Hanis Umairah.. do the best for PT3 2016 , abah mama dan semuanya sentiasa mendoakan kejayaan adik. Semoga berjaya cemerlang.

Hepi besday hanis Umairah...adik dah makin tinggi dari abah.. cepatnya tinggi :)

Ya Allah, anugerahkan kepada ku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan tubuh badanya, muliakanlah akhlaknya dengan amalan-amalan solehnya

Sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezeki melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kemuliaan hati serta baik tingkah laku.

Bantulah aku mendidik dan berbuat baik kepada zuriatku dengan sempurna, Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.

Jadikan anakku, orang yang baik, bertakwa dan taat kepadaMu serta mencintai dan setia kepada kekasihMu. Muhammad s.a.w

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikanlah kepada kami.apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Aamin ya rabbal 'alamin



8 comments:

  1. Selamat hari lahir Hanis. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat kejayaan cemerlang dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir...semoga berjaya dunia dan akhirat amin...

    mungkin satu hari nanti aRz pun akan merasai perasaan seperti ini juga dan mendoakan yang sama

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir Hanis..semoga terus diberikan kesihatan yang baik, dilindung Allah SWT selalu.

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir hanis...semoga berjaya dunia akhirat..;)

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir hanis...

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir Hanis. Oh kalau saya memang tanak bagi anak masuk asrama. Sebab saya duduk asrama terlalu lama jadi hubungan tu tak cukup rapat dengan keluarga masa tu. Semua benda share dengan kawan je lebih.

    ReplyDelete
  7. PCL ni bukan dewasalah dik. Remaja aje Hanis Umaira ni. Masih comel dan ada benda masih perlu di'pimpin' setiap geraklakunya. Anak perempuan ni halus jiwanya. Kakak faham sangat sebab punya 3 anak dara hihi... MamaD pasti macam kakak dlm banyak hal dgn anak remaja perempuan kena macam main layang-layang ada masa tarik ada masa lepas...

    Happy birthday buat Hanis Umaira sayang...

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday Hanis. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat kejayaan cemerlang dunia akhirat..aamin

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.