Jangan la senang sangat bagi nombor fon kepada yang tak di kenali.. serik dah aku.

Monday, June 20, 2016 PCL 6 Comments


Bila orang yang tak pernah kenal tegur kita dengan ramahnya, tanya pasal kesihatan, pasal anak-anak dan last sekali  mintak nombor fon sebelum beransur.

Kita tak mau jadi sombong dan layan borak dengan dia sebab dia peramah, sebab tak ada orang lain nak borak masa tu, aku ni jenis orang yang tak kisah, tak fikir negatif langsung. Orang nampak baik kita pun suka lah.

Mintak nombor wasup, senang pulak aku bagi dia.. sebab dia nampak aku tengah wasup dengan groups. Sebab dia bukan jenis orang  yang bermasalah, nampak dia tak mencurigakan, lagi pun dia lelaki biasa bukan gay.

****************

Lama senyap, lepas beberapa hari ada call masuk tertera nama dia di skrin fon, aku dah save nama dia.

"boleh kita sembang-sembang kat mamak kejap?"
"sori bro..saya ada kerja nih...bizi ngan anak-anak" aku bagi alasan.
"malam esok boleh... tak ada apa..saja lama kita tak borak kan?"

Keesok malam call lagi..dan lagi.

"bila free bro?"
"bulan puasa , kita pegi masjid" aku balas
"malam sikit pon ok bro" ..dia nak ajak jugak.
"letih arr bro..cakap je dalam fon nih" ..aku bagi alasan sebab memang malas nak keluar malam.
"takpe nanti senang kita jumpa bila u free"


Huh..nak entertain aku ? siapa lah aku?

Dia ni bukan orang kita, tapi sangat fasih bercakap dalam bahasa melayu.
mula-mula jumpa kenal di hospital masa nak tunggu giliran ambik ubat.

Persepsi aku pada mulanya okay dah berubah jadi lain...

sebab nak sangat jumpa mesti ada hajat sesuatu?

jual insuran kah?
MLM kah ? 

huh serik aku ... insuran ok lagi tapi multi level marketing aku tak berkenan !
maaf lah ye..

lain kali ..kena beringat sebelum nak bagi nombor fon kepada orang yang baru sangat kenal..

Ok: aku dah block nombor dia !

p/s .. aku cuma nak share..jangan mudah sangat bagi nombor fon kita kepada orang yang tak dikenali..



6 comments:

  1. Risau jugak kan macam ni. Nani ada jugak tinggalkan nombor dekat blog tu tapi setakat ni takdek apa apa lagi lah berlaku. Tapi kena beringat jugak kan.

    ReplyDelete
  2. betul..sekarang2 ni ramai nak untung sendiri je tak peduli privasi orang lain...saya ni pernah letak no tel kat komen blogger je..katanya untuk review..tapi lepas letak no tel kat situ , whatsapp, sms jual barang tak berenti masuk..memang rimas..serik rasa..

    ReplyDelete
  3. betul tu ,jgn mudah2 bagi,selalu jd gini block je la....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Bukan je orang yang baru kenal, kawan2 lama yang tiba2 muncul pun kena beringat juga. Sebelum tak adalah dia nak menyapa apapun tapi bila tetiba ramah semacam telefon tu...misterilah!

    akhirnya kita pulak nak kena mengelak bila tau sebab apa dia timbul semula huhuhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.