Penawar Sakit Pinggang Dan Belakang

Monday, June 27, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments


MamaD sering jugak mengadu sakit pinggang dan belakang sejak kebelakangan ni sebab dia kerap buat kerja berat di rumah, sebagai suri rumah dan menjadi pengasuh kepada 4  kanak-kanak memang tugas mencabar dan perlukan kesabaran yang tinggi. Kadang aku pun tak sampai hati melihat keadaan tu, suruh gak mamaD berehat dari jaga budak, dia kata bosan kalau duduk sesaja tak buat apa apa kerja. 

Dulu sesekali ada jugak mamaD mengadu sakit bahagian pinggang dan belakangnya bila dah banyak bergerak. Kami ni bila cuti hari minggu memang selalu bawak anak jalan-jalan keluar makan-makan dan kadang tu sesaja window shopping. Baru-baru ni ke Mitsui Outlet, KLIA. Tak ada pulak mamaD mengadu sakit sakit yang selalu tu. Biasa tak sampai berapa minit jalan jalan dah mengadu sakit pinggang.

MamaD dah cuba macam-macam jenis minyak sapu tapi sakit pinggang dan sakit belakang badannya tu tetap tak mau lega. Tidur tak lena sebab menahan kesakitan. Pernah mamaD sampai menangis. Hurmm serba salah pulak aku dibuatnya.

Melihat keadaannya, waktu siang semasa buat kerja dia nampak okay, tapi bila malam hari dia mula terasa sakit-sakit. Paling ketara bila bangun dari tidur. Salah posisi masa tidur lagi buat pinggan dan badanya terasa sakit sakit. Ini yang selalu diadukan. Pernah pergi buat pemeriksan doktor tapi tak ada apa yang serius cuma stress dan kepenatan saja. Suruh dia pergi mengurut dengan tukang urut wanita kat kampung sini, tapi mamaD ni jenis yang tak suka orang urut badan dia. Ini masalahnya tapi dengan suaminya ni okay pulak.. haha, nak bermanja dengan suami lah tu.. kan ! Aku cerita ni bukan nak merungut ke apa, cuma aku nak bagi tau yang aku ni boleh mengurut. Ehh.. bukanlah nak offer sapa sapa urut! Aku boleh urut bini aku saja.. haa. 

Sejak beberapa bulan lepas, kami telah diperkenalkan dengan produk yang boleh begitu cepat berkesan melegakan sakit pinggang dan belakang. Suka sangatlah mamaD dengar berita best macam tu, tak lepas peluang katanya mesti cuba sebaiknya.

*Spray bila terasa sakit  pinggang,
*Spray bila terasa sakit lutut dan sendi
Mudah sangat cara guna dan berkesan pulak tu. Bersyukur sangat. Syukur Alhamdulillah.


Penawar Sakit Pinggang Dan Belakang



Produk tersebut dikenali dengan nama Biobax. Biobax Penawar Sakit Pinggang Dan Belakang. Masa tu group blogger ExchangFeedGroup ada buat 1st Gathering EFG. Kebetulan Biobax menjadi penaja utama gathering tersebut. Maka kami dapat produk untuk dibuat Review. Alhamdulillh, ternyata cubaan tepat yang memang berkesan. Mulai dari hari tersebut, Biobax spray mesti ada dalam simpanan untuk kegunaan bila bila masa diperlukan.

Biobax

Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil,  Habbatussauda and Olive Oil. Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan cepat.

Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah :

- Eucalyptus Oil
- Habbatussauda Oil
- Olive Oil
- Za'faran
- Lemon Grass
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Pappermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.

Kegunaan Biobax Cool Theraphy

Untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:

- Sakit Belakang
- Ketegangan
- Terseliuh
- Lenguh-lenguh
- Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau. 

Kelebihan Biobax Cool Theraphy

- Melegakan lenguh leher & sendi
- Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
- Tahan sehingga 5 jam
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu melegakan lenguh bahu & leher
- Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
- Sesuai untuk melegakan selsema & resdung

Biobax

Stok dah ada dalam simpanan, jadi kepada korang yang berminat nak cuba satu botol dulu atau nak berikan hadiah kepada ibu bapa yang mungkin sedang derita sakit pinggang dan belakang bolehlah WhatsApp no. 0174009726 (Nazlee) untuk urusan pembelian dan pertanyaan.




5 comments:

  1. wah bagus nie..nak kene ade 1 simpan buat waktu emergency ! org nak balik kampung raya ni elok simpan dalam beg sebab jalan mesti jem teruk so pinggang mesti sakit punyer.

    ReplyDelete
  2. wah bagus beli borong, balik kg beraya siapa sakit kita bgtau dan suruh depa ambik 1...hehehe

    ReplyDelete
  3. dah order sebotol biobax..tak sabar nak cuba ni...

    ReplyDelete
  4. AnonymousJune 28, 2016

    kat farmasi ada jual x biobax ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farmasi belum ada jual.. blh directly oder melalui stokis atau ajen dropship.. harga sama standard.

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.