Tegur anak sendiri dulu

Thursday, June 16, 2016 PCL 3 Comments


Tegur anak boleh tapi janganlah berleter ..


"psaipa adik suka picit jerawat...?"
"adik ikut Mama la.."
"Mama mana ada buat macam adik tu..."
"abah niii... abah lelaki, abah mana tau.."
"hurmm ..."
remaja perempuan
Nina & Hanis
Aku ni sorang je lelaki dalam rumah kitaorang ni, selalu jadi pemerhati dan juri pemakaian diorang termasuk Mama diorang sekali. Kadang aku terasa hati gak sebab tak ada geng nak ajak bermain sukan kat luar, asyik shopping barang pompuan je.

Aku ni suka komen tentang pakaian diorang.. saje,  lagi-lagi bab kecantikan anak-anak gadis remaja yang semakin meniti dewasa memang aku kena amik berat. Aku bertanggung jawab semua ni..

Aku tak tau lah diorang ni rimas ke apa ke..wallhualam..

Aku punya cara, nak tegur anak boleh tapi jangan kuat berleter..boleh tegur anak tentang cara pemakaian mereka, adab dan kesopanan dalam berpakaian...tapi tak semua kita ini sebagai lelaki yang tahu segalanya.

Bab kecantikan boleh serah kepada yang arif lagi bijak sana, mamaD lah.  Kita ini sebagai ketua keluarga wajib jadi penasihat yang baik. Wajib berilmu, jangan sampai dikategorikan suami dayus dalam mendidik keluarga sendiri. Nauzubillah.

Anak remaja tak suka dengar orangtuanya berleter, macam tu juga kita dulu-dulu.. Boleh sesekali (kalau nak) tapi jangan kerapa sangat, kalau terlalu kerap, anak akan rasa bosan tau lah akibatnya kan.. selalunya anak tak peduli dah dengan leteran..

Peraturan adalah peraturan, harus konsisten dalam menetapkan peraturan supaya mereka mengalami perubahan yang positif dan menjadi kebiasaan. Berleter memanjang bukan cara terbaik ..itu yang aku rasa.

emm.. korang lak caner?



3 comments:

  1. Saya sependapat.. Remaja ni zaman kuat memberontak.. Jd jgn kuat sgt berleter or membebel.. Cuba jadi kawan & fahami kehendak mereka.. Mana yang tak menyalahi syariat, bolehla dipertimbagkan.. Tp kalau dah menyimpang sgt tu barulah tegur secara berhemah.. Yg penting elakkan dari berleter lama2.. Hehe..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  2. Yup!
    kalo berleter macma ustaz don or ustaz yusof mansor ..tak per gak kan ..
    berisi dan mendatangkan faedah ...

    ReplyDelete
  3. bila dah remaja kna cakap lembut-lembut..mudah sensitif perasaan diaorang ni..haishh nad dah ada anak ni..nak kena bljr komunikasi ni

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.