Jangan merasakan diri kita baik selalu..

Thursday, July 21, 2016 PCL 3 Comments


JANGAN MERASA DIRI BAIK...

❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah. 
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt. Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima. Selalu letak diri kita dalam keadaan "aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain" untuk menjadi lebih baik.

Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.

Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.


Macam pernah baca eh.. kat mana ya. Yes aku c&p facebook. Semoga bermanfaat untuk semua.


3 comments:

  1. yup betul..yang penting niat dalam hati untuk jadi baik

    ReplyDelete
  2. Betul ... Ramai sekarang yang merasa diri lebih baik @ ada penyakit hati ... Ya memang susah betul nak didik hati ... Dakwah secara berhemah, jangan memandang rendah orang lain ... Allah boleh jer beri hidayah bila2 masa Dia nak ... Allah juga boleh tarik balik hidayah bila2 masa dia nak ...

    ReplyDelete
  3. pe pun, sedar diri.
    kita ni buruk. org lain molek :)
    saling merendah diri, kan...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.