Suami pendiam lepas raya?

Tuesday, July 19, 2016 PCL 8 Comments


Hahaa.. pi tengok perangai suami anda lately ni macam mana? .. lepas raya pulak tu, pendiam tak?

Kalau dia pendiam mungkin poket dah kering sebelum waktunya, takpa itu kita faham sebab dah banyak dah keluar duit belanja untuk hari raya. Tapi kalau di rumah dia pendiam dengan kawan-kawan dia kat luar lak happy semacam jer.. hermm. Mungkin ada yang tak kena..

Suami menjadi makin pendiam apabila bersama keluarga di rumah dan nampak kontra perwataknya apabila berada di luar rumah, ini memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja. (hemm bila isu serius aku cuba sampaikan dalam nada skema sikit)

Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiamnya, anggapannya asalkan rumah tangga diorang kekal nampak bahagia. Ada juga isteri yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.

Kenapa Suami Pendiam?


Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan seperti mana mereka bercinta dulu. Faktor lain ialah timbul kebosanan hidup kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Kekadang si isteri sudah merasakan perbuatannya suatu tindakan betul .

Ya, kekadang mungkin betul tetapi perlukah nak persoalkan perkara yang remeh temeh

Nasihat aku, kalau boleh sebaiknya jangan lah banyak soalan keluar dari mulut isteri lagi lagi soalan yang ngarut-ngarut tentang sesuatu perkara yang menunjukkan kecemburuan yang membuta tuli.. 

Untuk ‘lari' daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik rumah tangga, si Suami memberontak atau protes dengan mengambil sikap mendiamkan diri. Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Alasan Suami bersikap begitu, kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Lebih baik suami berdiam dari membalas bebelan atau soalan isterinya.


Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan hubungan dalam rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga boleh berlaku perceraian. Masing-masing buat hal..

Cuba buat.. semakin lama makin sayang terhadap pasangan dan kurangkan bebelan.. boleh ke ? tak kisah la sapa.. baik suami maupun isteri kena ada sikap saling memahami.

Dalam rumah dengan ahli keluarga kita cuba buat sesuatu yang mendatangkan kegembiraan dalam erti kata lain wujudkan kebahagiaan , cipta bahagia insya Allah.








8 comments:

  1. bahayanyaaa huhuuu...tapi en suami kita mulut bising kat rumah,tapi depan org lain tak banyak cakap hahaa kalau kat rumah dia je la membebelmenyakat hahaha

    ReplyDelete
  2. Nasib baik suami yanie banyak cakap hihi tapi betul bila dalam hubungan suami isteri masing2 kne bny mainkan peranan.yg penting komunikasi..

    ReplyDelete
  3. nasihat yang sangat baik , alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. betul. ini boleh apply dekat perempuan juga. kalau orang yang biasanya bercakap banyak tiba-tiba sejak dua menjak dia jadi pendiam, ada le tu masalahnya. nice advice. thanks pcl

    ReplyDelete
  5. suami saya macam saya..depan orang kami tak banyak cakap..tapi bila berdua keluar la lawak2 sengal la, perangai huduh memasing la..tak de rupa pendiam kalau dok berdua..hahah..

    setakat ni tak de pulak berubah apa2..lepas raya sama je walaupun poket memang dah hampir2 ke paras kering.hehhe

    ReplyDelete
  6. Kdg2 faktor habis duit byk waktu raya. Hehehehe...

    ReplyDelete
  7. suami saya memang tak byk cakap...menten jer...walaupun poket dah kian nipis ..hehehe

    ReplyDelete
  8. alamak!
    aida ni kuat bebel.
    and kebetulan asben memang pendiam :) hi hi hi...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.