Tak rugi stay 3h2m di Chalet Terapung ini

Tuesday, July 12, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments


Family Gathering Raya


Keseronokan masih terbayang-bayang. Gathering kami bersama keluarga di chalet terapung memang betul-betul rasa puas dan memenuhi masa cuti raya kami. Sambil berehat-rehat sambil memancing sampaikan aku ni tak menyempat nak update blog di hari kejadian. Meriahnya dengan hasil ikan pancing, meriahnya dengan bersembang sanak saudara sampai ke pagi. Meriahnya dengan suasana indah pemandangan sekitar di chalet. Meriahnya dengan gelagat anak-anak, meriah dengan tempikan suara mak, maktok memarahi anak cucu-cucunya yang hiper aktif dan macam-macam lagi meriahnya. Cukup untuk 3 hari 2 malam kami di Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok Kedah.

Chalet Terapung PPK Merbok Kedah 


View dari beranda chalet waktu pagi ~ Sungai Merbok, Kedah
Lokasi chalet ni sebenarnya tak lah jauh dari rumah mak mentua aku. Kira-kira 30 minit dari bandar Sungai Petani. Sebabkan cuti raya, risau tak dapat bilik, kami plan awal sebulan sebelum puasa lagi kami dah buat tempahan. Pada hari raya ke-3 chalet ini sudah memulakan operasinya. Ramai pengunjung lain juga check-in bersama-sama kami.
View titi terapung menuju ke chalet-chalet
View di pintu masuk Chalet Terapung
Cuti hari-hari raya kami tak sama macam orang lain kebanyakan, orang lain sibuk menziarah sambil berhari raya sakan, tapi keluarga kami pulak raya ke-3 sudah berada di chalet terapung ini. Bukan selalu dapat macam ni.. namun hari raya tetap raya. Raya pertama dan ke-2 dah habis beraya rumah saudara mara. Raya ke-3 selalunya dah tak ada aktiviti raya melainkan palnning cantik macam ni. Untuk raya tahun ini dan demi untuk memenuhi minat keluarga, 'kaki pancing' maka kami berada di sini.

View dari beranda chalet waktu senja ~ Sungai Merbok, Kedah.
Hari ke 2 makin rancak hasil pancingan, tak rugi stay banyak hari kat sini. alhamdulillah. Hari ke-2 aku fokus kepada pancing ikan ketang-ketang. Mak mentua dan makcik aku target ikan kerapu dan yang lainnya dengan target masing2. Terdapat banyak spesis ikan yang menarik. Biasanya pengunjung datang sini jarang akan pulang tangan kosong apabila memancing di kawasan sekitar chalet di sini. 
Waktu malam di beranda chalet ~ aktiviti BBQ dan memancing sampai subuh
Untuk makluman kaki pancing yang datang semata-mata untuk memancing dan tidak menyewa chalet. Bayaran akan dikenakan Rm15/ rod pancing( 24jam) . Bagi mereka yang menyewa chalet pula, harga sudah termasuk dalam pakej. Chalet 2 bilik aircond kami sewa dengan kadar Rm300 (3h2m), muat untuk kami seramai 3 keluarga yang bermalam dan 1 keluarga lagi balik hari.
Ikan sembilang selalunya gemar makan umpan umpun-umpun memang boleh dapat pancing banyak lah!.  Kalau korang datang sini pastikan bawa umpun umpun, target ikan sembilang di bawah lantai beranda (tepi2 tiang chalet)
Dalam kotak polystyrene ni ada macam2 ikan.. yang buat lagi best bila ada yang dapat pancing udang lipan besar.. 
Ikan Ketang-ketang ~ teknik memancing paling sempoi! sambil duduk bersimpuh pun boleh dapat ikan ni.. mengail di celah-celah lubang papan lantai beranda chalet.
Seronok memancing ikan ketang-ketang ni sebab ianya spesis ikan yang suka meragut umpan dengan pantas dan tarikannya juga tak kurang hebat. Ikan ketang ini memakan umpan bila keadaan air laut mula tenang sebelum atau selepas air pasang. Korang boleh tengok hasilnya. Spesis ikan ketang ini agak membahayakan diri jika terkena pada duri siripnya. Kesakitan yang amat kuat terasa walau terguris sikit pun di kulit, oleh itu aku nasihatkan kepada pemancing ikan ketang supaya berwaspada selalu. Selain itu, isi ikan ini sangat sedap apabila dimasak/goreng. 

Malam ke-2 kami di sana, mamaD telah siapkan 'masak kicap ikan ketang' untuk dinner. Rasa isinya sama macam ikan bawal hitam. Kalau nak cari orang jual kat pasar-pasar memang tak jumpa lah, jarang nampak dijual sebab spesis ikan berduri ni kalau terlekat pada jaring memang sukar untuk dibuka. Jadi mungkin para nelayan tak gemar menjaring ikan sepesi ini. Makan ramai ramai memang best, lagi best bila dapat makan ikan-ikan segar. Kerapu buat masak pindang rebus, Ketuka bakar cicah ayaq asam dan Ketang masam kicap. Tapi ada juga masanya bila terasa nak makan meggi..
memang jadi port baik di sini, sejuk nyaman udara pagi bila terbau meggi kari. 
Kat sini bukan tujuan datang nak memancing semata-mata, boleh rileks sambil mencari ketenanngan. Tapi korang yang datang sini kenalah buat persedian rapi sikit lah..kalau bawak budak kecil, pastikan bawak kelambu atau ubat/krim penghalau nyamuk. serius sini banyak nyamuk! Orang yang kaki pancing ni, diorang tak kisah dah bab tu, tapi kesian lah kan. Kalau korang sewa bilik aircond selamatlah sikit dari kena gigitan nyamuk dan selesa. Pandai-pandailah buat pilihan.


Gambar aku bersama ikan kerapu pertama dapat kat sni, serius tempat ni memang 'lubuk ikan'. kalau betul-betul memancing boleh bawak balik banyak hasil.
Kalau korang ada plan nak datang Kedah, especially area Sungai Petani ni,  nak memancing terutamanya atau berehat-rehat bersama keluarga dengan suasana kelainan dari biasa, aku cadangkan di sinilah tempatnya. Boleh hubungi : 019-5592117 (Chalet Terapung PPK, Merbok Kedah)







5 comments:

  1. selesa tak dalam bilik tu, bawa budak2 ada nyamuk tak...best berminat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena book bilik aircond , selasa xdak nyamuk masuk. Tapi kakau nk lepak luaq kena bawak ubat/krim penghalau nyamuk atau bawak kelambu moden.. best lepak sejuk nyaman angin malam laut.

      Delete
  2. seronok pcl boleh mancing

    ReplyDelete
  3. part bbq & mancing tu yg best.
    sesuatu yg dekat dgn alam.
    borak... releks kat otak yg serabut ni :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.