#TeamRayaSungaiPetani

Thursday, July 07, 2016 PCL 3 Comments


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin..


Sedih tengok blog aku ni dah berapa hari tak update entri, ada cerita tapi line internet tak berapa cantik masa berada di kampung halaman. Aku balik kampung mak abah di Prait Buntar, Perak. Kampung jauh dari pusat bandar, memang dah biasa keadaan macam ni lagi2 di hari perayaan. Line celcom E, kadang2 H . Kalau line maxis sama jugak.. line telco lain wallhualam. Redha je lah bila berada dalam kawasan dan keadaan macam ni. Terputus dengan hubungan luar. Apa yang aku nampak dari suatu sudut lain, bila perhubungan internet kurang, ia membuatkan situasi lebih bagus sebab akan ada banyak masa2 indah bersama keluarga di depan mata dapat diabadikan bersama. Alhamdulillah aku, mamaD dan anak2 sempat berbuka puasa 2 hari di sini sebelum kami ke Sungai Petani pula untuk sambung puasa terakhir dan terus beraya.


Raya pertama di Sungai Petani, sapa lagi kat sini #teamrayasungaipetani, #teamrayakedah cepat ngaku lekaih? Nak serbu beraya rumah ampa plak haha.. 

Kami hanya sempat beraya di rumah sedara mara di sini sebelah pagi dan petangnya balik semula ke Perak. Parit Buntar ke Sungai Petani jaraknya tak jauh sangat, dalam sejam dah sampai kalau jalan raya tak sesak.

Baju raya tak sedondon namun perasaan kami sentiasa sedondon sejiwa sepanjang hayat, insya Allah.


Baju Raya kami memang tak pernah sedondon, ada sebabnya..  salah satunya kami tak suka nampak sama macam boria, tapi kalau warna baju seakan2 sama itu okay lah.. . Tak apa, bagi aku tak jadi hal, ini bukan masalah yang nak dipersoalkan. Hak dan keinginan masing2 dalam menyambut suasan hari gembira aidilfitri. Kami suka tengok keluarga lain berbaju raya sedondon tapi kami sendiri belum pernah lagi nak buat sama macam depa semua.


Klik sini : story




3 comments:

  1. Selamat hari raya. maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri.. selamat hari raya maaf zahir batin =)

    ReplyDelete
  3. kan PCL, x minat sgt sume sama 1 kaler, corak lain2 xpe gak. lawa gak. janji raya best! hehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.