Ingat isteri selalu..

Monday, August 01, 2016 PCL 5 Comments


Setengah jam dari sekarang, masa untuk keluar lunch jam 1pm , emm masa ni memang dalam kepala teringat isteri masak lauk apa di rumah.. nak terus wasap tanya, risau ganggu dia sedang memasak pulak. Dia dah la sibuk denagn anak anak (ramai anak jagaan)

Hemm .. untung ada isteri jadi suri sepenuh masa di rumah. Kalau rumah dekat dengan tempat kerja lagi best.. jimat masa, jimat duit makan dan boleh makan bersama selalu.. macam aku sekarang ni dan dari dulu lagi.

Apa lagi nak,. bersyukur banyak lah ni. Tapi ada jugak rakan sekerja yang asyik tak puas hati kerja dekat dengan rumah sendiri.. apa lah dia fikirkan aku pun tak dapat agak. Apa dia nak sebenarnya.. susah nak bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Kena tukar tempat lain kot lagi sengsara ..haa masa tu baru padan muka!

Okay.. lupakan pasal tu. . Emm baru teringat semalam aku beli petai murah.. 7 keping 3 ringgit. Petai segar biji rapat rapat. Mesti mamaD buat sambal petai .. dan ada sotong, kalaulah betul firasat aku mungkin itulah menu tengahari nanti. 

Wak yang jual petai tu siap pesan, kalau nak rawat buasir boleh katanya, rebus kulit petai dan minum airnya.. rasa pahit sikit kelat tapi khasiatnya cepat melegakan buasir dan kencing manis. Yang ini tak pasti mamaD nak buat sebab dia tak suka rasa pahit!

Alamak bestnya .. ada masa nak ingat bini masak apa kat rumah. Dan dan terus rasa lapar.. jom lah masa dah nak time ni.. sharp 1pm terus keluar! hihi

Pss.. Ingat isteri dengan ingat apa kebaikan dia buat pada kita.. suaminya.










5 comments:

  1. oh MamaD ada jaga anak orang sekali eh. baru tahu.

    sedapnya dapat makan petai. tadi baru juga ushar, tapi dah habis. sobs. jauh lak umah PCL tu

    ReplyDelete
  2. Pcl..nanti update mamaD masak apa tau...hehehhee

    ReplyDelete
  3. isteri..hadiah berharga daripada Allah. Hargai selagi masih ada :)

    ReplyDelete
  4. Kita pun ada petai nak masak. Tanya suami dulu apa nak makan. Kalau dia ada idea kita ikut kalau tak...kita cuba resipi baru. Hehe.

    ReplyDelete
  5. untungnya pcl ada isteri pandai masak seperti mamaD & untung mamaD dapat suami yang selalu ingat isteri seperti pcl. samasama melengkapi gituww hehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.