Mandi tidak perlu lama-lama. Apa sebenarnya yang dibelek-belek?

Tuesday, August 02, 2016 PCL 8 Comments


Mandi untuk bersihkan diri, ada orang mandi sekali, 2 kali, 3 kali atau 5 kali sehari. Banyak mana atau banyak kali mandi selalunya tak jadi masalah kepada orang lain tapi yang buat jadi masalah besar bila ada orang yang tabiatnya suka mandi lama melebihi dari satu jam dan membazirkan banyak air.

Jangan buat muka terkejut eh.. ya memang ada berlaku, tak mustahil mandi lama dalam suatu masa boleh mengundang masalah kepada orang lain. Sakit hati bila kita nak cepat tapi terpaksa menunggu lama di luar sebab nak mandi. Takda pilihan lain jika rumah hanya ada satu atau dua bilik mandi . Bilik air terhad boleh berebut-rebut dalam masa-masa tertentu.
Mandi tidak perlu lama-lama. Apa sebenarnya yang dibelek-belek? Sejam lebih tu! Bilik air boleh menjadi lokasi kita untuk membersih diri dan ada ketikanya mengelamun mencari ilham atau menenangkan fikiran? Emm boleh jadi jugak dan mungkin itu sebabnya ada orang boleh berlama lama di dalam bilik air.

Siapakah yg suka mandi lama2.. Anda? atau ada di kalangan ahli keluarga anda?

Bukan nak bercerita keburukan  tetapi itulah hakikatnya bagi kebanyakan orang terutamnya anak-anak masa kini, namun jika kita bijak menguruskan masa, ia mungkin tidak mengundang masalah kepada orang lain terutama penghuni serumah.

Buatkan suasan dalam bilik air jadi suram dan tidak ceria, mungkin ini boleh hilangkan mood mandi berlama-lama.. gelapkan warna dinding macam dalam gambar ni.. contoh. Ni saje je aku nak posing dalam bilik air baru.

Ada orang yang sebenarnya tak sedar bahawa tabiatnya suka mandi lama buat orang lain tertunggu dan boleh menyusahkan kehidupan orang lain yang pentingkan masa.





8 comments:

  1. Kalau nak mandi lama sila jadi yang terakhir...bagi orang lain mandi dulu...bukan sekadar mandi lama...bersiap lama pun menjadi masalah besar pada orang lain juga sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. hahaha..mandi masa musim paans memnag kena lama..hahaa

    ReplyDelete
  3. suka mandi lama time tak de orang atau last sekali,suka siram badan lama-lama ngan air hehehhee...

    ReplyDelete
  4. lawa bilik air baru tu auuumms...

    ReplyDelete
  5. Adik saya kalau mandi punya la lama..sama macam anak saya yang pompuan ni..orang pompuan memang suka mandi lama2..kalau anak saya tu saya siap warning lagi.." hang keluar satgi kalau hang tak putih siap hang.." terus dan2 keluar cepat dari bilik air..

    ReplyDelete
  6. cantik bilik mandi...hotel class...mandi wajib memang lama takpa...mandi biasa2 kurang 5 minit sudah. haha.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    ehehe tiba2 tergelak baca entry ni sbb most of my adik2 n abah mmg sgt lama ..kita yg duk menunggu jenuh tau ..xtau la apa yg dbuat dlm bilik air tu..soemtime musykil jgk...=D =D

    ReplyDelete
  8. ada adaaa orang yang mandi lama ni! termasuk kakcik haha tapi tu dulu laaa. time kecik kecik dulu dalam bilik air sampai setengah jam. bila fikir balik sekarang pelik gak "apalaa aku buat dalam bilik air tu" hahaha. tapi sekarang paling cepat 5-8 minit pun dah siap. haa cepat takk? hahaha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.