Trivia Tentang Nazlee Ismail PCL

Monday, August 15, 2016 PCL 10 Comments


Entri TRIVIA?


Jarang aku guna perkataan trivia dalam kehidupan seharian, sebab tu aku pada mulanya tak faham langsung maksud. Ni aku baru mengerti apa itu 'trivia'. Entri Trivia ialah entri pendedahan berkenaan diri dan perkara remeh temeh untuk dikongsikan kepada umum contohnya kalau di sini aku sebagai penulis blog nak share dengan korang apa yang korang belum tau dan aku juga nak korang tau serba sedikit pasal aku dan apa saja yang sepatutnya. Tak lebih dari itu. Trivia ni adalah sebuah 'game blog' pada anggapan aku lah ya... Siapa yang kena tag dia boleh menyahutnya dengan membuat entri trivia. Sebenarnya game ini lebih kepada konsep sporting dan supporting blogger dalam dunia blogging. Buat suka suka boleh, nak buat serius pun boleh.. Kalau tak nak buat entri pun boleh. Tiada syarat. Tujuannya untuk mengenalkan kepada yang tak kenal. itu saja .

Terima kasih Azlinda Alin sebab kamu tag Nazlee Ismail beberapa hari lepas. jom baca dan komen.


Nazlee Ismail PCL



Nick nama 'Nazlee Ismail'. Aku guna nick nama yang sama di media sosial lain dalam facebook dan instagram. Aku yang kini sudah berusia 40'an, Okay.. kebetulan nak dekat dengan tarikh, aku nak highlight sikit ni korang ! lagi 1 hari dari tarikh entri ni adalah aku punya besday tau.. ingat tau 16hb! silakan buat ucapan dan mohon korang doakan kesejahteraan aku dunia dan akhirat ya. Alhamdulillah dan terima kasih in advance untuk ucapan korang nanti. (Huh macam mengharap sangat aku ni.. )

Okay, di usia sebegini aku masih lagi minat berbelog bermulanya sejak 2010 lagi. Kalau dulu pada permulaan,  blog readers hanya kenal aku dengan nama 'pakciklee' dan selepas beberapa bulan pakciklee disingkatkan nama kepada nama Pcl. Sama je maknanya tu.. aku dah semakin tua lah dan seorang pakcik lah dari dulu lagi.. hee. Kalau dulu jiwa masih muda, selesa orang panggil aku 'pakcik' sebab muda-muda lagi dah pakcik, tapi sejak uban dah mulai melata di kepala.. aku lebih gemar dengan panggilan PCL lebih lebih lagi dikalangan rakan blogger dan readers, ada sebab... sebabnya bila aku dah tua gini, korang panggil lak pakcik, maka akan menampakkan lagi kertuaan aku. Tapi apa pun sebenarnya, jauh disudut hati aku tak kisah.. kalau korang rasa selesa panggil aku pakciklee or uncle or abang Naz or Abang Li sekali pun okay... aku takde hal. Lately aku lebih pendiam bila di event atau gathering blogger ..itu yang aku perasan.

Keluarga PCL



Aku sudah berkeluarga, anak mentain dua orang perempuan dari awal pembabitan aku dalam dunia blog, kalau buat entri aku suka bercerita pasal diorang tapi sekarang agak terbatas sebab anak-anak dah makin membesar, maklumlahkan diaorang masing masing sudah mememasuki alam remaja. kena jaga hati dan perasaan diorang juga. Seorang Abah kena tahu mana yang patut dan tidak untuk keselesaan anaknya. Sekarang ini aku lebih suka share moment indah bersama keluarga dalam instagram, kat situ korang boleh ushar macam-macam  di instgaram @nazleeismail.

Isteri? Ok, ada seorang isteri yang memahami. Nama panggilannya mama'D, ada siapa yang tak kenal beliau lagi? Usianya dalam 30'an dan usia perkawinan kami sudah mencecah ke 21 tahun pada 1 November akan datang.

Kerjaya Nazlee Ismail


Pernah bekerja dalam industri perkilangan, di Syarikat orang Jepun pada tahun 1993 selama 10 tahun di Sp Kedah. Boleh faham sikit 'Nihongo'. Berhenti kerja masa kegawatan ekonomi melanda negara kita, rileks kejap kat rumah dan berniaga di pasar malam sekitar Sungai Petani. (jual waffer cake dan air).  Bukak Companyi sendiri dalam bidang marketing, sales dan trading selama beberapa tahun di Ipoh Perak. Aku juga pernah kerja suka suka part timer di KFC Perai sebagai cooker semasa jadi student practical di sana dalam tahun 1992. Banyak lagi suka duka bekerja aku dah rasa.. alhamdulillah dan sekarang aku bekerja semula di sektor awam dalam bidang Engineering.

Part time job PCL


Sebagai Blogger sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku lebih fokus 'mencari rezeki' sebab aku minat, dari minat aku berjinak jinak bawa 'sesuatu' yang boleh hasilkan pendapatan. Aku tak boleh duduk dan tengok saja kejayaan orang lain. Kini dengan NazleeDotCom aku boleh jual pakej bisnes aku sendiri antaranya ;

1) Pakej Candat Sotong dan Memancing
2) Pakej perkhidmatan design pets house
3) Pakej review dan pengiklanan dalam blog /social media

Lain lain yang patut aku bagitau korang..


1. Aku sayangkan isteri, dalam erti kata lain aku 'sukar' berjauhan dengan isteri

2. Aku seorang insan pemalu tapi aku suka berborak, tapi Aku tak suka berborak kosong.

3. Aku suka memancing / riadah dan buat aktiviti bersama keluarga, dalam masa sama aku suka berkawan dan memang aku akan utamakan keluarga.

4. Aku suka cari duit lebih tapi duit bukan segalanya bagi aku dan Aku amalkan hidup bermasyarakat.

5. Aku suka manjakan isteri dan anak anak. Sebab itu aku gemar memasak dan mencuci pakaian. Tapi aku tidak rasa mereka mengambil kesempatan, sebab isteri dan anak-anak memahami serta mengenali siapa Hero dan Ketua dalam keluarga kami.

6. Aku suka bersukan, 2 kali dalam seminggu mesti turun jogging. Tak boleh waktu siang hari malam pun jadi. Aku tak merokok dan aku benci dadah !


Okaylah  kot setakat ini dulu.. kalau nak tau lagi boleh selongkar entri lama lama. Ini salah satunya entri yang aku cadangkan. Sila baca.

Sampai di sini Entri Trivia Nazlee Ismail PCL, dan untuk melengkapkan entri ni aku dimestikan tag rakan blogger. Aku macam nak tau banyak tentang mereka ini

1) Wayne harraz
2) Rahim Aim


Sekian. Terima kasih.







10 comments:

  1. Suka baca...banyak benda yg saya tak tahu ttg pcl. Idola saya..sebenarnya, sambil berblog dan berbisnes

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, pernah bersua PCL suatu ketika dahulu, memang seorang yang pemalu namun peramah sangat, kak ana doakan semoga PCL dan Mama D serta kedua puteri solehah sentiasa didalam rahmatNya jua, aamiin..

    ReplyDelete
  3. wahhh seronok baca trivia pcl ni hehehe. wahhhhh banyaknya pcl jual pakej bisnes. semoga semuanya (bisnes,blog,hidup) pcl berjaya. dunia akhirat success amin! eh harini dah 16ogos laa. krik krikkkk :P

    ReplyDelete
  4. Wooo cam sesi berkenalan dalam alam maya...masa sekolah dulu..aishhh letih kalau sessi berkenalan ni..semua sebab nama. Tense sangat.

    ReplyDelete
  5. hepy befday pcl..semoga terus maju jaya dalam bisnes.. :)

    ReplyDelete
  6. Dah kenal PCL dan beberapa kali jumpa di event kan...semoga impian jadi kenyataan..amin

    ReplyDelete
  7. sy pun baru tahu entri trivia lepas baca entri ni hehhehe

    alhamdulillah semakin maju. all the best for everything. be happy :)

    ReplyDelete
  8. btw..sy lagi selesa panggil PCL :)

    ReplyDelete
  9. oohh PCL memang penyenyap kalau kat event, naik segan pulak kalau nak berborak hehe tapi alhamdulillah tak sombong :)

    ReplyDelete
  10. PCL Daebak!!!! Macam slot Korea dekat TV9 tu... haha.. tq for the TAG,,, ngee... i`ll try my best to tell you guys bout my unknown life...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.