Ayu sudah wajahku? dengan Deeja Cosmetic Keayuan Semula Jadi

Friday, September 23, 2016 PCL 6 Comments


Bukan selalu aku guna barangan kosmetik skin care secara tertib macam kali ni. Kali ni aku betul-betul buat ikut kaedahnya. Kulit lelaki selalunya tak bagi banyak masalah contohnya kulit macam kulit muka aku dah lama tak ditumbuhi jerawat, cuma ada sikit berjeragat dan kulit nampak kusam.. maklum saja lah kan, usia semakin bertambah dah. Satu lagi masalahnya ialah kulit muka aku nampak berminyak. Berminyak dan gelap sebabnya hobi aku selalu main panas pergi memancing ikan. Tak dinafikan apbila minat mengatasi segalanya.

Review Set Deeja Cosmetic 


Bila aku dapat set Deeja Cosmetic Keayuan Semula Jadi ni aku jadi lebih teruja nak jaga kebersihan kulit muka, nak cerahkan kulit yang dah kena sunburn tu.. , isteri dan anak-anak gadis aku pun jadi hairan bila Abah diorang  ni dok menyental kosmetik siang dan malam huh.. hairan je tapi tak berani nak tegur lelebih. Aku cakap je kat dorang yang Set Deeja Cosmetic ini memang sesuai untuk kulit lelaki dan semestiny wanita juga. Rasa seronok sangat bila sentuh kulit muka sendiri, lembut halus tak macam sebelum-sebelum ni. Apa yang aku tau la kan, skin care set keayuan dan kecantikan kulit biasanya adalah produk dicipta khas untuk kulit wanita dan memang wanita lah yang terlebih suka bab-bab ini. Tetapi bila aku cuba sendiri.. wah! lelaki pun perlu jaga sebaiknya kulit wajah mereka. Tak perlu dengar apa orang lain perkatakan.. muka kita, kita lah yang perlu jaga.. (sambil meraba-raba wajah sendiri.. emm boleh tahan lembutnya kulit aku) hahaa.. korang boleh cuba dulu . Anak bongsu kami, Hanis Umairah pun tak ketinggalan nak cuba pakai, kami sama-sama kongsi menggunakan set Deeja Cosmetic ini.

Okay, aku cerita masa memula cuba sabun pembersih muka Deeja Cosmetic, aku berkata dalam hati la "pasai apa depa tak buat sabun dalam botol macan losyen tu.. leceh la kalau macam ni", sabun seketul ni senang mencair bila tak simpan betul.. susah jaga dan cepat habis!. Tak apa lah ni cuma pendapat aku je la.. Sabun pembersih muka ni bagus sangat, kulit terasa bersih dan segar bila dah lepas menggunakannya. Ini kira 1st step la.. guna sabun dahulu sebelum guna yang lain-lain set Deeja Cosmetic. Nanti aku terangkan lagi..
Ini aku tunjukkan dalm set kotak Deeja Cosmetic ni terkandung 5 produk di dalamnya. Teruja tu kalau korang dapat memang teruja.. set warna oren memang meyakinkan. Tu belum guna lagi tu.. Tak kelihatan dalam gambar adalah seketul sabun pembersih muka.

Ini masa nak cuba kat kulit muka aku, huh risau baq ang ! Apa kata kalau tak menjadi 'keayuan'nya tak terserlah macam mana? Kulit lelaki yang kasar dan berminyak memang seram woo.. tapi aku  berhasrat nak menjadikan kulit wajah aku halus, licin, putih dan tidak berminyak. Tak perlu rasa malu dan segan.. jom !



Lihatlah hasilnya setelah 3 minggu menggunakan set Deeja Cosmetic. Kulit tak berapa halus dan mulus takpe, tapi tetap ada perubahan ketara iaitu bersih dan jerawat serta jeragat tak tumbuh meningalkan parut dan yang terbaik sekali tu, kulit kekal cerah walau aku selalu pergi berpanas memancing. Haa tu dia nak habaq.. "krim siang boleh digunakan untuk melindungi kulit dari terik dan bahang sinar matahari".. aku tak lupa pakai krim siang semasa memancing bersama keluarga minggu lepas di Chalet Terapung, Merbuk Kedah. ~ tak risau lagi dah.. kulit kekal cerah dengan Deeja Cosmetic.


Set Deeja Cosmetic mengandungi 5 produk dalam 1 kotak, di mana ianya terdiri dari :

1. Toner Nano
Toner nano digunakan selepas mencuci muka dengan sabun pembersih muka. Toner memberi kita kesegaran pada kulit. Toner ini tidak perlu letak banyak cukup sekadar 2 titik kemudian dap-dap pada muka. Dalam toner ini terkandung Aloe Vera dan Air Mawar.

2. Krim Siang
Krim siang dari Deeja Cosmetic ini adalah krim yang mengandungi Spf 50 untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari secara optima. Selain itu juga, boleh mencegah kulit daripada masaalah kulit kering, bersisik dan kusam. Bahan-bahan yang terdapat dalam set Deeja Cosmetic ini adalah seperti Biji almond, Biji Tomato dan Aloe Vera.

3. Krim Malam
Krim malam ini banyak kelebihanya dimana dapat meningkatkan produksi kologen kulit, meningkat dan memperbaiki elastisitas dan lapisan kulit. Krim malam ini amat penting kerana ia dapat mencegah minyak berlebihan dan membaiki kerosakan kerana radikal bebas selain membaiki kulit kusam kerana matahari. Krim malam ini juga dapat membantu merawatnyamasalah kulit kering dan bersisik.

4. Krim Nano (malam)
Krim nano ini digunakan pada waktu malam sebelum tidur. Berwarna kuning macam warna kunyit. Kelebihan krim ini dapat membantu merawat kulit yang rosak dan menghilang jeragat. Dalam krim nano ini juga terkandung Minyak Jojoba dan juga Kunyit.

5. Sabun Pembersih Muka
Sabun pembersih muka ini berwarna oren, Sabun dia memang best sebab setelah kita membersihkan muka menggunakan sabun ini, kulit muka menjadi halus dan lembut sahaja apabila disentuh. Selain itu juga, kelebihan sabun ini dapat membantu membersihkan kulit wajah dengan mendalam sambil membantu menyinkirkan sel-sel kulit yang mati. Sabun pembersih muka daripada Deeja Cosmetic ini juga dapat membersih kulit sehingga ke dalam dengan partikel nano dan mengatasi masalah jerawat, jeragat, kulit gelap & berminyak. Kandungan atau bahan-bahan yang terkandung dalam sabun permbersih muka Deeja Cosmetic adalah seperti Air Mawar, Susu dan Carrot.

Maklumat lanjut tentang produk :
Facebook : www.facebook.com/deejacosmeticHQ
Instagram : @deeja_cosmetic_HQ
Telefon : 019-694 5950


Berikut adalah testimoni pengguna Deeja Cosmetic : Antaranya ..




6 comments:

  1. Waaaahhh pcl dah gebu gebasss

    ReplyDelete
  2. wah makin berseri wajah pcl..

    ReplyDelete
  3. sama sama! kalau guna produk2 mcm nih selalunya tak ikut pon cara yang sepatutnya pastuh komplen cakap x menjadi..hehe..tapi sebenarnya kalau ikut mesti menjadi.hehe

    ReplyDelete
  4. macam macam nano, nasib baik takda awan nano

    ReplyDelete
  5. memang ayuuu wajah PCL...gebusss..hihih

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.