Beli Tiket Bas Online dengan aplikasi Catch That Bus

Monday, September 26, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments



Satu aplikasi pintar boleh download di smartphone anda, membolehkan anda membeli tiket bas ekspres secara online, mudah tak perlu bersesak dan membazir masa ke terminal bas. Prospek utama adalah dikalangan pelajar-pelajar dan juga orang ramai yang selalu menggunakan perkhidmatan awam bas ekspres.

 Catch That Bus !


Logo aplikasi Catch That Bus -  klik



Minggu lepas aku ke Terminal Bas Hentian Jalan Duta, kebetulan menghantar mak mertua dan makcik aku balik ke Sungai Petani naik bas. Hari Ahad, nampak ramai betul orang menggunakan perkhidmatan bas ekspress ke destinasi masing-masing. Kebetulan jugak cuti penggal persekolahan dah tamat, jadi ramai juga pelajar menggunakam bas ekspres balik ke asrama. Tiket bas kalau nak beli di kaunter kebiasaan kenalah datang awal atau kena tempah awal sebelum berlepas, kalau tak nanti mungkin terpaksa berjam-jam menunggu waktu berlepas, itu pun kalau bernasib baik sempat beli tiket atau tiket bas belum habis. Ramai yang aku perhatikan di sana, kebanyakkan mereka sudah membeli tiket secara online. Suatu tindakan yang bagus dan bijak.

Zaman dah maju seiring dengan pembangunan moden dan pembahuran sitem tiket secara online ini sudah boleh diterima orang ramai. Lagi pun aku rasa la.. satu sebab lagi ramai golongan intelek yang celik IT contohnya pelajar dan juga golongan yang bekerja. Mereka ini memang terdedah dengan kemajuan teknologi semasa. Tak hairan lah aplikasi Catch That Bus semakin mendapat sambutan setelah diperkenalkan baru-baru ni.

Anda boleh dapat informasi berkenaan tiket online yang ada sudah tempah melalui email, semak dan tunjukkan screen shot tersebut kepada pemandu bas  atau di kaunter bas semasa anda mendapatkan bas. Mudah sangat.. cubalah anda muat turun http://invl.co/3ao dan nikmati diskaun 10% OFF.



Time to Catch That Bus ; satu aplikasi memudahkan lagi menjimatkan 10% OFF.

Beli tiket bas online tak perlu bersesak-sesak lagi, anda yang masih belum lagi download boleh klik link ini http://invl.co/3ao. Para pelajar terutamanya, jangan lepaskan peluang baik ini ya.





5 comments:

  1. wahhhhh macam senangggg je,nak bgtau anak sedara la ,dok usim nak balik perak selalu balik ngan bas...

    ReplyDelete
  2. Ooo dah ada online ek? Bagus la kalo camni, ulat tiket pun mesti dah berkurangan. Dkna dah lama x blk kg naik bas .. Rindunyaaa zaman berebut beli tiket

    ReplyDelete
  3. wahhh bas pun dah ada aplikasi online sendiri ye? Lagi senang nak book tiket bas lepas ni kan :)

    ReplyDelete
  4. Ehh bagus lah, senang lah nak beli tiket bas camni. Tak yah nak bersesak berbaris dah kan

    ReplyDelete
  5. pergh bagus ni..semua dihujung jari je..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.