Cantik ALZA Nina ?

Sunday, September 04, 2016 PCL 5 Comments


Okay hai, salam hujung minggu.. 

Tak tau duduk diam kan.. , aku ni pun sama la.. letih badan sebenarnya kalau duduk saja tak buat apa.. kalau zaman bujang dulu lain laa. Lepak dengan membuang masa adalah sebahagian hidup orang bujang di hujung minggu.. (dulu zaman jahiliah aku), kalau duduk sesaja mulut mesti nak mengunyah.. ini fakta betul kan? Makan dan makan, last sekali rasa menyesal.. badan naik kembang!


Ini je kerja aku buat kalau tak pergi bawa family jalan-jalan cari makan. Yaa .. cuci kereta, moto dan kawasan rumah. Rajin tak aku? ..walau tak selalu tapi kena biasakan buat. Kalau ada anak, ajak anak join sekali, kalau tak ada anak lagi ajak isteri join.. lepas tu nanti counter back dengan, masak bersama sama. Ok tak . Boleh buat kan. haa cuba la dulu.. cipta bahagia;  kata orang tak susah nak mencipta kebahagian dalam kehidupan berumah tangga..

Buat sekadar termampu.. banyak cara lagi, aku buat ikut keupayaan aku. Nak  bawak pegi shopping? Bawak jugak diorang tapi alhamdulillah.. sekadar belanja yang masuk akal saja.  selalu sangat pun tak mampu aku.. haa Malaysia kan di ambang kegawatan ekonomi, kami laki bini dah rasainya 10 tahun lalu.. tak mau dah menanggung peritnya hidup.. hemm penat.




5 comments:

  1. suami isteri memang kena pandai cari perkara2 yang boleh dibuat bersama. kalau masing2 pentingkan diri, memang adalah nanti yang datang mencelah..dah lama tak basuh kereta sendiri. suami kesian kat kita..hehe..

    ReplyDelete
  2. Alza nina ka..hihi...
    Hari minggu luangkan masa bersama family

    ReplyDelete
  3. Cantik. Nina dah bawa pi mana?

    ReplyDelete
  4. duduk rumah dan lakukan family activities lagi best. lagipun bahaya keluar sekarang ni, kes jenayah semakin membimbangkan. pantang kita alpa.

    ReplyDelete
  5. wah kereta baru?? nak tumpang...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.