Bagus Nina... lulus ujian KPP sekali ambik jer.

Sunday, October 23, 2016 PCL 2 Comments


Pagi tadi, kami baru lepas hantar Nina buat ujian undang-undang berkomputer lesen memandu kereta (KPP). Semalam jenuh suruh dia study buku undang-undang jalan raya .. hafal betul-betul supaya dapat lulus sekali ambik je.. macam aku dulu-dulu.. 

Markah lulus sama lagi macam berpuluh tahun lalu dengan sekarang cuma yang banyk beza ialah bayarn yurannya. Masa aku dulu kalau ambik lesen L mau kena rm100 tapi ni dah jadi rm380. Ada jugak sekolah memandu kenakan yuran rm400. Soalan ujian sama aje aku tengok tapi sekarang ni diorang kena jawab solan berkumputer. Itu jer.. alah senang je pun. Markah lulus 42 daripada 50 soalan. Dulu aku dapat markah 44/50. Lulus dengan sekali ambik je. Ok la target mau lulus cepat!

Senyum nina tu tandanya lulus lah tu.. alhamdulillah, sekali ambik ujian saja . Cayalah.. nina dapat 46/50.  Bagus.. ada orang lain yang tak lulus beberapa kali datang, nasib tak sebelahi mereka.

Aku ni dah lama nak bersara dari jadi driver, tak sabar tunggu nina dapat lesen kereta. Take over bila aku penat memandu jarak jauh. Moga dipermudahkan .. lagi cepat lagi bagus. Senang la nanti aku dan mamaD duduk seat belakang. Hurmm.. sabar. 







2 comments:

  1. Nak duduk belakang? Hihi kita tak suka duduk belakang sejak dulu lagi. Pening.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah Nina.. semoga lulus untuk ujian lain juga..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.