Berkomplot di lautan dalam perancangan Trip tahun 2017

Thursday, October 13, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Masa yang cantik dan sesuai untuk keluar trip mencandat sotong dan memancing ikan di lautan


Akhir bulan Mac bawa kepada awal April dan bermula semula pada bulan Ogos sehingga September 2017 adalah masa yang cantik dan sesuai untuk keluar trip mencandat / memancing ikan di laut dalam. Ini apa yang dikongsikan oleh saing ambe di Kuala Terengganu, bila ditanya masa yang paling bagus untuk mengadakan trip, dan katanya tempahan bot-bot dah makin rancak

Tahun depan kami punya program, berkemungkinan aku akan set 2 kali, itupun kalau tak ada aral.. apa pun perancagannya kena buat betul betul.

Aku ada infokan status kat fb,  berkenaan trip pertama kami tahun hadapan adalah pada hujung bulan April. Plan dah buat, aku dengan kawan kawan lama masa kat Ipoh dulu nak berjumpa. ada antara kami yang tak pernah berjumpa langsung selepas belajar dulu. Geng PUO '92. huh memang lama dah tu.. Tak pernah jumpa, walau tinggal dalam Malaysia tetap tak sempat berkomplot juga. Masing-masing sibuk dengan hal semdiri, maka dirancangkan tahun 2017 kami berkomplot di lautan.

Bulan April nanti adalah trip mencandat aotong dan memancing. Bot dah siap ditempah. Cuma ahli komplot belum cukup. Kami sewa pakej candat & pancing 2 hari di lautan. Ausah nak ajak berramai macm ni.. harap boleh menjasi kenyataan.

Bot aku booking adalah bot yang sama aku naik dengan family masa pergi candat sebelum ni. Sebabkan tak puas dan geram punya pasal.. nak naikkn sotong banyak, tahun dwpan turun lagi sekali. Kali ni dengan geng lelaki semuanya rakan karib .

Bot memang cantik dan tekong pun best!. Terdapat banyak lgi bot yang dikelola, korang yng berminat boleh ricky2 blog sebelh ni :

Bot ini boleh muat peserta seramai 15 orang ; lokasi jeti di Chendering Kuala Terengganu.

Ada orang minatnya pergi melancong, ada orang sukanya mendaki, berkayuh dan ada.orang hobinya suka makan. Macamtulah dengan aku.. lagi 4 bulan nak ke sana.., banyak benda kena prepare.

Dan satu lagi trip selepas itu akan dibuat, trip memancing pelantar minyak, pakej  4 hari 3 malam atau 3 hari 2 malam. Huh ini memang suatu yang belum pernah dirasai,  Aku kendalikan pakej jer tapi belum ada pengalaman ini. Memamg mengharapkan sangat bila tiba masanya nanti iaitu minggu akhir bulan Ogos, geng exPUO'92 akan berkomplot lagi.


Pemandangan dari atas bot sekitar pelantar minyak 




3 comments:

  1. teringin sngt nak candat sotong.

    ReplyDelete
  2. klu xloya leh ikut sama bercandat..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.