Code:

Susu No.1 Untuk Sarapan : Duth Lady PureFarm

Wednesday, October 05, 2016 PCL 2 Comments

Dutch Lady Susu No.1 Untuk Sarapan 


Air susu dalam kotak? mesti akan ingat jenama Dutch Lady.. sudah sebati dalam jiwa kami sekeluarga kalau minum susu kotak mestilah susu Dutch Lady yang masyhur sejak dulu lagi. Sebab apa pilihan kami susu Dutch Lady?  Ini kerana susu jenama ini sememangnya sudah dikenali di semua peringkat umur terutamanya bagi mereka yang minum susu setiap pagi.

Sekarang sudah tak hairan lagi kalau selalu diperkatakan susu nombor 1 sarapan pagi ialah Dutch Lady PureFarm yang diperkaya dengan kalsium tinggi untuk hari-hari yang ceria dan lebih bersemangat!. Selebriti terkenal Aaron Aziz serta keluarga juga memulakan sarapan dengan susu Dutch Lady PureFarm. Hari yang hebat bermula dengan Dutc Lady PureFarm.
cabaran 7 hari bersarapan dengan Dutch Lady PureFarm.

Aku juga tak nak ketinggalan mahu menjadi hebat!. Bagaimana caranya? Semestinya dengan permulaan hari yang baik dengan mengambil sarapan bertenaga Dutch Laday. Setiap kali bersarapan pagi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi keutamaan dan mesti ada bersama tak kira lah apa saja jenis makanan kegemaran yang diambil. Sekotak susu Dutch Lady menambah semangat di pagi hari.

Cabaran 7 hari bersarapan dengan Dutch Lady PureFarm.


Kalau anda nak lihat apa aku buat selama 7 hari berturut-turut sarapan bersama Dutch Lady PueFarm, Okay lepas ni aku sertakan gambar-gambar tersebut. Bukan aku saja, malah ribuan lagi orang di luar sana menyahut cabaran 7 hari bersarapan dengan Dutch Lady PureFarm. Nampak ianya mudah tapi sebenarnya memang mudah sangat.. tak membebankan langsung ! ha haa rugilah siapa yang tak join Dutch Lady PureFarm 7-Day Milk at Breakfast bloggers contest  ini. Kontes ini dah tamat pun, saja je aku nak sebut kat sini..

Ni aku nak share sikit pasal breakfast blogger contest tersebut ;

Hari pertama dikejutkan dengan bungkusan menarik perhatian orang ramai, tak semena dapat 'hadiah misteri' semasa aku hadiri kursus kerja pada pagi 20hb September lalu. Rupa-rupanya kejutan dari Syarikat Dutch Lady nak beri aku makan percuma sarapan bersama Duth Lady PureFarm. 

Muka macam segan je aku masa ni sebab ramai rakan kursus memerhati dari jauh tapi aku buat selamber menikmatinya, ada sandwich, bubur oat ada kismis dan strawberi di dalamnya.. sedap dan mengenyngkan tambahan lagi ada susu Dutch Lady PureFarm.

Hari ke 2, aku makin tak sabar nak tunggu sarapan, kali ni menu apa pulak? Dengan susu Dutch Lady PureFarm tak kisah la.. apa saja boleh dipadankan untuk sarapan. Keropok lekor Terengganu menjadi pilihan. Sedap pulak makan lepas goreng panas-panas.. terus sedut straw susu kotak Dutch Lady. Emmm.. memang terasa nikmtny.

Hari ke 3, bagusnya susu Dutch Lady ni.. dia tak mudah rasa jemu, makin teringin lagi ada la, kalau korang nak tahu.. satu kotak memang tak cukup. Kali ni aku beli sarapan pulak.. Makan roti canai orang kita buat.. sedap rotinya garing dan kuah dal menambat selera. Susu tetap ada di sisi.

Hari ke 4, sarapan di hari Sabtu cuti minggu makan di luar. Makan di kedai tinggal nak oder makan saja. Minuman dah ada ni.. selmber je aku keluarkan air kotak.
Bihun Sup Kemboja pedas memang sangat best ..lepas hirup kuah sup dan lepas tu pulak legakan tekak akibat kepedasan dengan susu Dutch Lady PureFarm.

Hari ke 5, hari minggu sarapn di luar lagi. Kali ni nak cari makanan yang tradisional sikit, kuih orang lama.. nak tau kuih apa? Lempeng jawa la. Lempeng ini ada kuah khas dia tapi aku tak berapa suka la sambal hijau bilis tu. Kali ni aku makan lempeng dengan kari ayam. Orang sebelah meja asyik pandang sebab aku keluarkan susu Dutch Lady PureFarm. Korang jangan tak perasan pulak, hari-hari aku mulakan sarapan dengan minum susu. Awet muda kot.. kan? korang rasa lah dorang tu pandang-pandang mana satu?

Hari ke 6, pasal minum pagi dah tak perlu fikir banyak.. hanya susu No.1 jadi pilihan wajib, susu Dutch Lady PureFarm dihidang bersama nasi goreng spesel @mamaDcafe. 


MamaDcafe atau kafe di dapur rumah aku ini sering menghidangkan menu-menu sedap oleh Chef utama; mamaDiana. Selalu bab makanan tak jadi masalah cuma minuman kami gemar minum air kosong suam aje setiap sarapan. Kali ini tak kosong lagi dah sebab adanya susu Dutch Lady PureFarm. Sarapan aku untuk cabaran hari ke 7 ini ialah menu mee goreng pedas.

Buat mee kalau tak cukup pedas memang tak umphh! Bila terasa pedasnya di mulut kena la minum susu. Pilihan no.1 Dutch Lady PureFarm.

Terima kasih segalanya. Hari-hari aku diteruskan dengan memulakan sarapan Dutch Lady setiap hari.

.



2 comments:

  1. nyesal tak join. tapi sebenarnya tataw sape boleh join sape tak leh join. tak paham sangt. hehehe

    ReplyDelete
  2. sedap kan susu dutch lady pure farm ni...bila minum sekali, nak lagi dan lagi dan lagiiiii...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive