Tak pernah turun laut pun boleh pandai mencandat sotong .. cuba lah.

Wednesday, October 26, 2016 Nazlee Ismail 10 Comments


Mencandat Sotong . Ini adalah suatu cabaran untuk anda yang tidak pernah ke laut tetapi ada keinginan mahu pergi mencandat sotong di lautan. Dalam video yang dirakam oleh krew JURNAL BERNAMA, dapat dilhat berbagai ragam dan reaksi peserta. Jangan lepaskan peluang sebegini sekali setahun kalau boleh ajaklah keluarga bersama dan jadikan aktiviti tahunan keluarga anda bersama kami berpesta mencandat sotong di Kuala Terengganu.

Musim mencandat sotong


Untuk makluman anda.. musim mencandat sotong adalah bermula dari bulan Mac sehingga bulan Julai setiap tahun. Tetapi jika cuaca dan tiada halangan, aktiviti mencandat sotong akan berterusan sehingga hujung bulan Oktober.


Video ini adalah penyuntik semangat kepada anda yang masih lagi teragak-agak untuk turun mencandat. Kini kaum wanita juga sudah semakin ramai meminati aktiviti mencandat sotong. Tak pernah turun laut pun boleh pandai mencandat sotong ! Kenapa nak malu. Hubungi kami untuk keterangan lanjut berkenaan Pakej Mencandat Sotong Kuala Terengganu.


Anda tak perlu risau jika tak dapat hasil lumayan, kerana mencandat sotong adalah sebahagian dari  aktiviti bersama keluarga atau bersama rakan dalam kumpulan dan mahukan keseronokan juga pengalaman bagi yang pertama kali melaluinya. Jika awal-awal lagi ada yang pasang niat pergi mencandat semata-mata mahukan hasil yang lumayan, maka tak perlulah mencandat.. sebaiknya membeli sahaja di pasar-pasar berdekatan. 

.

10 comments:

  1. Saya suka candat kat pasar je.

    ReplyDelete
  2. pempuan pun mencadat je..org pempuan mmg multitasking hehehhe.

    ReplyDelete
  3. teringin sangat nk try mencandat.. kena cari geng dulu ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. rindunyaaaaa nak turun ke laut huhuuu

    ReplyDelete
  5. candat sotong ni kira dah advance ni..kita nubis baru nak belajor ngail ikan :D

    ReplyDelete
  6. memang boleh, tpi keberanian turun ke laut tu perlukan anjakan paradigma juga

    ReplyDelete
  7. teringin juga nak cuba mencandat...insyaallah satu hari nanti...boleh PCL carikan harga terbaik ya

    ReplyDelete
  8. syoknya dapat ke tengah laut candat sotong

    ReplyDelete
  9. Yang menarik bila dpt sotong!!! Perg.. Goreng terus.. Manis!!!

    ReplyDelete
  10. Saya takut dan fobia dgn laut.. candat dekat pasar je la nampaknya..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.