Aku rasa dia perli aku dah !

Saturday, November 19, 2016 PCL 3 Comments


Mungki sebab selalu sangat kami bila oder makan mesti nak share sepinggan. Ada mulut jahat suka kata kami kedekut, makan pun nak share2.. 
Bihun hailam melempah ruah!

Kali ini bila sampai je bihun hailam.. Nah kau melimpah kuah penuh pinggan, sikit lagi nak meleleh di bibir pinggan. 

Bibir aku dah memang nak leleh dah.. Nak je aku tanya kenapa serve kami macam ni? Tapi mamaD tak bagi.. Makan ja la, mungkin pinggan besaq kat dapur dah kehabisan .. Mungkin la kot kata mamaD.

Nasib baik kuahnya sedap.. Bihun tak keras dan lembik sangat.. kira sesedap rasalah. Boleh bagi 3/5 bintang. Cuma tang servis malam ni diorang agak failed.

Aku rasa dia perli aku agaknya.. Tak apalah., jangan risau kami akan datang lagi. Tak ada yang untungnya hidup berdengki.. 



3 comments:

  1. ini part of the business marketing gak bang... kalau pinggan besar akan nampak portion mee sikit... tu pasal dia bagi pinggan kecik kot..nampak banyak mee nya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ada betulnya.. Bisnes marketing. Tapi, nampak comot la plak..

      Delete
  2. om join giveaway kek lapis saya. Syaratnya simple je..:) http://nurain-syahirah.blogspot.com/2016/11/giveaway-kek-lapis-sarawak-by-ain.html

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.