Antara tomyam dan kari?

Sunday, November 20, 2016 PCL 1 Comments


2 minggu lepas kami ada family dinner "Nasi Kapal Karam" kat Meru Klang. Dalam menu tu ada isi ikan siakap yang lembut dan manis, sedap sangat di tekak aku. Manisnya dan sedapnya, itu disebabkan telah masuk kuah tomyam special dari restoran tersebut.

Hari ni, lepas jogging pagi tadi kami berdua terus ke pasar. Aku teringin nak makan siakap masak berkuah. Beli lah sekor siakap saiz biasa berat tak sampai sekilogram. Cukuplah lauk untuk hari ni.. Alhamdulillah.

Antara tomyam dan kari? MamaD tanya aku. So aku pilih nak makan kari mamak style. Taknak letak santan. Insaf hurmm. Baru lepas jogging memang rasa insaf nak makan berlemak dan makanan berminyak ! Konon.. Haha

Siap dah tu siakap masak kari style mamak. . Memang best !
Cukup mudah bagi mamaD nak sediakan, dia dah expert buat kari mamak. Memang patut aku puji masakan2 di #mamaDcafe.

Isi ikan siakap tu lembut sangat dan terasa manis walau masak kari. Aku suka tang kepala dan perut. Isi siakap memang best bahagian tu.. Cuba la. Tapi kalau kat kedai jarang orang buat siakap masak kari. Itu pasal aku mintak mamaD masakkan. 



1 comment:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.