Code:

Inap D'Bondang Homestay menjadi pilihan

Monday, November 28, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments


Familay Day kami di perkampungan sawah padi sekitar Sungai Besar Sabak Bernam Selangor


Family Day yang kami rancang sejak beberapa bulan lepas dan akhirnya dengan kata sepakat 26.11.2016 lalu, hari Sabtu bermula selama 2 hari 1 malam kami bercadang buat di Dorani homestay. DORANI HOMESTAY jadi pilihan sebab tarikan utama ke sini adalah persekitarannya dekat di hati. Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Sabak Bernam Selangor ini seakan-akan mampu menggamit kenangan masa kecil kami sewaktu masa dulu dengan suasana kampung dan bendang sawah padi. Asalnya kami semua dari kampung dan datang melawat kampung sebegini supaya senarionya tidak akan dilupakan oleh genarasi seterusnya. Mungkin ada di antara generasi anak-anak kita yang tak kenal macam mana rupa bentuk pokok padi? Pokok beras? Dan beberapa aktiviti kampung yang unik dan sangat menarik.

Kami Tak jadi menginap di Dorani Homestay !


Kami kurang bernasib baik, Dorani Homestay sudah penuh ditempah! Disebabkan menunggu masa agak lama untuk kami buat pengesahan kehadiran dipermulaannya., Kami agak terlewat, maka pihak Dorani homestay telah membuka tempahan kepada pihak lain. Walau bagaimana pun ianya tidak mengecewakan, organizer family day kami telah berjaya mendapatkan homestay di sini dengan bantuan pengelola Dorani Homestay. Akhirnya kami tetap ke sini juga dan kami ditempatkan di homestay lain berdekatan kampung sekitar. 

Inap D'Bondang Homestay menjadi pilihan 


Inap D'bondang Homestay adalah sebuah homestay ala-ala kekampungan dulu-dulu yang mana di sekelilingnya adalah sawah padi. Perasanku jadi terimbau terkenangankan masa lalu. Aku sangat teruja bila sampai di sini. 
5 buah chalet lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas, tv, peti sejuk dan bilik mandi
Rumah inap 2 bilik, lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas dan bilik mandi di setiap bilik. Ruang balkoni untuk keluarga bersantai dan boleh juga untuk solat berjemaah. Terdapat juga sebuah menara tinjau di belakang untuk pengunjung melihat keindahan pemandangan sawah padi
Family day kali ni di sebelah pihak family aku. Dah lama kami tak buat, last sekali tahun 2013 kalau tak silap. Kali ni Qaseh Zamri yang juga pemilik butik QasehZamri.Co jadi organizer. Kami yang lain hanya support mana yang patut.

Waze ke Inap D'bondang Homestay


Dari Banting, mamaD dan anak-anak dah ready sejak awal lagi. Jam 8.30 pagi lagi sudah bergerak dari rumah. Sebelum teruskan perjalanan ke Sungai Besar, aku singgah di Rawang, COD Biobax spary customer. permintaan dari customer yang perlukan segera Biobax. Selesai urusan cod, kami terus ke destinasi yang sebenar. Dari Rawang ambil masa hampir 1 jam lebih perjalanan berkereta ke Sungai Besar. Aku guna apps waze untuk melancarkan perjalanan. Waze "Dorani Homestay" sampailah ke destinasi. Tapi untuk ke Inap D'bondang Homestay kena masuk melalui Jalan Paket 60 (atau waze Jalan Paket 60, Sungai Besar Selangor).

Sabtu 12.30 tengahari kami tiba di lokasi, sementara menunggu family lain tiba kami round dulu kawasan kampung. Mulanya agak mengelirukan sebab bila tiba di Dorani Homestay, ada kelihatan beberapa buah homestay lagi. Rupanya lokasi Inap D'bondang Homestay kena masuk ke dalam sikit lagi. Kami kesemuanya seramai 7 buah keluarga menginap di Inap D'Bondang Homstay. Jaraknya 5 minit jer dari Dorani Homestay.

Akhirnya, 2.00 petang kami check-in di Inap D'bondang Homestay. Pakej selama 2 hari 1 malam, 7 keluarga terlibat berkumpul, kira ini short vacation di awal musim cuti persekolahan anak-anak. Keseluruhan kami di sini seramai 35 orang.

Kelengkapan Inap D'bondang Homestay


Homestay terletak dalam kawasan berpagar di atas sebidang tanah luas, terdapat 5 buah chalet lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas, tv, peti sejuk dan bilik mandi. Sebuah rumah inap 2 bilik, lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas dan bilik mandi di setiap bilik. Ruang santai untuk keluarga bersantai dan boleh juga untuk solat berjemaah. Terdapat juga sebuah menara tinjau untk melihat keindahan pemandangan sawah padi, juga ada sebuah mini kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Di bawah bangunan menara juga disediakan lantai lapang sesuai untuk makan beramai-ramai dengan dilengkapi kemudahan asas dan juga dapur/ bbq pit .

5 buah chalet (3 unit + 2 unit kembar) lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas, tv, peti sejuk dan bilik mandi ~ view dari menara tinjau. 

Kawasan luas untuk kemudahan parkir kenderaan
Walaupun kampung sendiri dah selalu tengok pemandangan cantik macamni  namun mata tak pernah puas untuk melihatnya lagi. Subhanallah 
 Mini kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak
Di bahagian bawah menara disediakan ruang lapang sesuai untuk makan beramai-ramai dengan konsp terbuka.. memag dapat menghirup udara segar dari arah bendang.
Bbq Pit serta kemudahan asas untuk bakar-bakar daging, ayam dan sebagainya..
Semasa berada di sini, kami berpeluang untuk melihat aktiviti masyarakat setempat melalui aktiviti ronda kawasan kampung dengan menaiki tram..

Di antara moment yang paling best sekli.... menikmati pemandangan sawah padi menghijau, indah sungguh ciptaan Nya Subhanallah.

Kita sambung lagi nanti /..

Maklumat berkenaan homestay  :

Inap D'bondang Homestay
En. Khairul Anuar Yaacop
Aalamat : Jalan Paket 60, Sungai Haji Dorani Sungai Besar, 45300 Selangor
Tel : +6019-2198184

Dorani Homestay
En. Abd Rahman Daud
Tel: +6013-6077025
Alamat: Pusat Homestay Parit Satu, Sg Haji Dorani, Sungai Besar, 45300 Sabak Bernam

5 comments:

  1. Wahh bestnya cuti2 ngan family..ala baru syiokk baca bersambung pulak..sawah padi ooo ..seronoknyer

    ReplyDelete
  2. homestay cantik, kemudah lengkap. cantik pemandangan sekeliling tu..

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaa dapat tengok sawah padi :)

    ReplyDelete
  4. Cantikkkkkannn
    Next kita gi tmpat lain plkkkk..tidur dlm hutan ke..haha😂😂

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive