Jadual pasang surut air laut dan Masa sesuai mencandat sotong

Wednesday, November 09, 2016 PCL 3 Comments


Ramai yang bertanya bagaimana nak meramal air pasang dan surut, keadaan angin dan cuaca di perairan laut. Keadaan ini sangat penting bagi kaki pancing. Admin dapat sumber melalui seorang sahabat yang selalu melayari pautan ini : http://www.tides4fishing.com/as/malaysia/kuala-terengganu

Jadual pasang surut air laut 



Semoga berguna kepada mereka yang ingin memancing dan mencandat di lautan. Infomasi dari mereka yang berpengalaman, selalunya mereka akan merujuk kepada kaledar bulan Islam (hijrah) untuk menetukan keadaan pasang dan surut air laut. Untuk makluman pencandat sotong terutamanya .

Masa sesuai mencandat sotong 




Masa yang paling sesuai untuk mencandat ialah pada 13 hingga 18 bulan Islam setiap bulan. Sotong dikatakan sangat aktif menyambar candat terutamanya candat jenis "twist" dan "candat mayat". Pada bulan mengambang sotong memang suka bermain-main dengan cahaya terang. Pada tahun ini kedatangan sotong diramalkan awal sebulan iaitu pada Mac berbanding bulan April pada tahun sebelumnya.

Boleh buat tempahan pakej sekiranya berminat mencandat sotong :


3 comments:

  1. rajin PCL turun laut menyandat sotong.. sesetengah org ada kemahuannya tersendiri.. husna kalau turun laut, sebelum dpt sotong dah mabuk pening dah.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Info berguna ni untuk yang selalu turun ke laut. Heheh. Nani ni tak berpeluang lagi nak mencandat sotong. Satu hari nanti mungkin :)

    ReplyDelete
  3. Info begini memang sesuai untuk kaki pancing.
    Biras Mrs. A kaki pancing rajin benar turun ke laut berhari-hari pulak tu.
    Haish! tak masuk jiwalah.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.