Kena nampak hensom selalu.. jaga penampilan diri. Untuk apa?

Thursday, November 17, 2016 PCL 4 Comments

Sampai bila nak camni ?

Umur di kala 40an ini memang kena jaga betul-betul. Kena nampak hensom selalu.. jaga penampilan diri. Untuk apa? diri sendiri yang tahu jawapannya.

Hati makin senang, berat badan makin cepat naik. Tapi, setakat ini alhamdulillah kesihatan masih di tahap memuaskan. Aku sudah buat pemeriksaan kesihatan dan keputusan semuanya okay.. cuma tang kandungan kolestrol ada sikit lebih. Kalau maintain buat senaman, doktor kata tak perlulah makan ubat pil. Boleh juga nak makan ubat tapi ini untuk orang yang sudah berusia 50an ke atas dan tak larat nak buat senaman.

Terbaru aku amalkan makan jus Qalbi Al-Ehsan, memang power dia lain macam sikit. Bertenaga satu badan jadi fresh bila bangun dari tidur malam. Sebelum ini aku cuma ke gym 2 kali seminggu , main ping pong dan jogging kalau sempat di masa cuti hujung minggu.

Umur dikala 40an ini memang kena jaga betul-betul. Selalunya kalau orang sihat sebelumnya pun akan kenampakkan sakit-sakit  bila usia mencecah 40. Untuk kekal sihat kena lah jaga dari semua segi, baik pemakanan dan juga aktiviti harian. Buat kerja rumah pun dah okay janji boleh berpeluh sihat. Patut amalkan budaya sihat. Cuba ingatkan bila terasa sakit jangan senang-senag nak makan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit cukup bahaya dalam tempoh jangka masa panjang nanti jika tidak diambil mengikut peraturan yang dibenarkan oleh pakar perubatan.. Bahayanya boleh mendatangka masalah lain terutama kepada ginjal kita.

Sering kita lihat, ramai orang mengadu sakit dan lenguh-lenguh badan terutamanya sakit lutut jika sudah berusia. Sakit pinggang bagi ibu-ibu mengandung dan sakit-sakit sendi bagi mereka yang bersukan lasak. Sebenarnya sudah ada dipasran jual ubat yang boleh guna dibahagian luaran (tanpa makan), ubat tahan sakit malahan ia boleh melegakan segera sakit pinggag, sakit sendi, sakit lutut. Aku bagi contoh yang sangat popular sekarang ini ialah spray Biobax. Sampai bila lagi nak tanggung kesakitan.

Adakah sudah berubah?

Di usia 40an ini lah kalau kita boleh tengok seseorang itu melakukan perubahan dalam fasa kehidupannya. Masa-masa ini lah yang berkelakuan kurang baik mahu berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik, itu dari segi tingkah laku. Begitu juga dengan amalan hidup dalam bermasyarakat dan tanggungjawab kepada agama. kalau tak berubah banyak ! sikit mesti ada perubahan itu..percayalah. Mana mungkin sama perangai yang dulu dan kini, mesti ada perubahan.

Cuba kita melihat ke dalam diri.. ini sekadar peringatan pada diri ini dan amnya kepada semua pembaca.. Apakah kita sudah beubah? kalau ikutkan nak berubah menjadi lebih baik dari sebelumya, maka kita tak perlu nanti orang suruh dan tak perlu tunggu umur 40.. kan !

Sampai bila nak camni ??



4 comments:

  1. prubahan adalah dri diri sndiri kan..

    mmg best jus qalbi tu. mak yui pn suka.

    ReplyDelete
  2. ..teringin badan kemas & sihat macam Cik Lee ni..huhuhuhu! Kita dah masuk 30s ni pun macam dah tua sangat rasa... huhuhu!

    ReplyDelete
  3. dah masuk 40an ni kena jaga kesihatan dan tambah amalan.

    ReplyDelete
  4. semakin meningkat umur memang kena jaga..nad ni jap lagi nak masuk 30

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.